Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa

Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa
link : Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa

Baca juga


Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa

Presiden PAN, Mohamad Sabu membuat pengakuan bahawa parti yang dipimpinnya sememangnya ‘kemaruk kuasa’.

Namun bekas Timbalan Presiden PAS yang mesra dikenali Mat Sabu berkata mereka bersikap demikian kerana mahu merampas kuasa daripada ‘orang gila’ dalam pilihanraya umum.

“Memanglah kemaruk kuasa, kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

“Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Pengarah Mobilisasi Harapan mengumumkan penganjuran himpunan 100,000 Sayangi Malaysia ‘Hapus Kleptokrasi’ yang dijadualkan pada 14 Oktober ini di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sebelum itu, kepimpinan PAN Selangor diselar kerana meluluskan usul menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali supaya mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan melabelkan PAN sebagai kemaruk kuasa kerana membuat usul ketika tiada masalah timbul dalam kerajaan negeri.

Malah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin juga menyelar sikap PAN yang mengamalkan politik tidak matang.


Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa

Sekianlah artikel Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/mat-sabu-akui-pan-kemaruk-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu akui PAN kemaruk kuasa"

Posting Komentar