Judul : MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN
link : MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN
MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN
PAS masih berbincang mengenai kerjasama politik tapi menutup pintu rundingan pengagihan kerusi, ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Ini kerana katanya PAS yakin boleh menang 40 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun tanpa sokongan parti pembangkang lain dan menghadapi saingan tiga penjuru.
Ujar Takiyuddin, berdasarkan keahlian parti itu yang didakwa sehingga satu juta orang, ia yakin boleh menumbangkan saingan pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Katanya PAS tidak gentar kehilangan sokongan gabungan parti pembangkang lain terutama untuk menghadapi PRU-14 dan yakin boleh menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen.
“PAS kini mempunyai keahlian lebih satu juta orang di seluruh negara dan kita yakin boleh menewaskan lawan dalam PH (pakatan pembangkang),” katanya.
Sebelum itu, beliau diminta mengulas dakwaan mengatakan PAS semakin lemah selepas memutuskan untuk bersendirian bertanding pada PRU-14 selain berdepan kecaman dan ancaman oleh parti dalam pakatan pembangkang itu.
Katanya, PAS menerusi Gagasan Sejahtera akan menghadapi pertandingan pada PRU-14 secara bersendirian, walaupun bakal bertanding tiga penjuru atau lebih termasuk menentang calon dari PKR atau parti gabungan pembangkang.
Takiyuddin berkata, peluang perbincangan dengan semua pemimpin parti politik masih terbuka, tetapi pintu kerjasama untuk menghadapi PRU-14 termasuk pengagihan kerusi sudah ditutup.
“Kita sudah putuskan tidak akan bekerjasama dengan PKR untuk PRU-14, tetapi PAS sentiasa beri peluang dan ruang kepada semua pemimpin parti untuk mengadakan perbincangan seperti keputusan dibuat oleh Majlis Syura Ulama.
“Keputusan untuk tidak menjalin kerjasama politik dengan PKR dan parti dalam gabungan (pembangkang) sehingga PRU-14 sudah muktamad dan diputuskan pada mesyuarat tertinggi parti itu akhir bulan lalu,” katanya.
Beliau juga mendakwa serangan dan kecaman dihadapi PAS daripada parti pembangkang lain terutama DAP dan PPBM selepas mereka memutuskan kerjasama politik, membuktikan ia digeruni lawan.

Sekianlah artikel MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/masa-dah-tamat-pas-tutup-pintu-rundingan.html
0 Response to "MASA DAH TAMAT, PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN"
Posting Komentar