WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?

WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?
link : WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?

Baca juga


WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?

Pakatan Harapan yang dikuasai DAP sebelum ini begitu kuat menyebarkan propaganda politik yang mengatakan PAS dan UMNO kini menjalin kerjasama politik antara satu sama lain bagi menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong masing-masing terhadap parti.

Meskipun dinafikan oleh kedua-dua pemimpin PAS dan UMNO sebelum ini dan diperjelaskan bahawa kerjasama tersebut hanya meliputi hal kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara, mereka tetap teruskan propaganda berkenaan.

Penulis tidak hairan dengan sikap dan propaganda Pakatan Harapan itu, namun lebih kepada agak pelik terhadap kerisauan mereka sekiranya PAS dan UMNO sanggup bertolak ansur untuk mencari satu atau lebih banyak titik persamaan.

Apakah mereka ini ‘buta’ atau ‘tuli’? Apakah mereka merasakan PAS akan menyertai BN? Propaganda jenis apakah yang mereka momokkan kepada rakyat supaya percaya pada dakyah mereka?

Di saat PAS dan UMNO akan bertembung dan merebut kerusi Parlimen dan Dun yang sama pada PRU ke-14 nanti, apakah itu layak dianggap sebagai ‘kerjasama politik’?

Pada pandangan penulis, UMNO mahupun PAS, kedua parti itu masing-masing tidak akan memberi laluan mudah antara mereka pada pilihan raya nanti. Meskipun bersaudara, apakah tidak wajar untuk bertanding sesama sendiri?

Persoalannya, apakah seorang ‘warga emas’ yang kini hobinya membuat ‘pusingan U’ itu rasa tergugat sekiranya UMNO dan PAS ‘mesra’ dan tidak bergaduh seperti yang berlaku di zamannya?

Baru-baru ini, dia sering mengungkit kisah PAS di zaman dia mengetuai UMNO. Kita pun tahu bagaimana pendekatannya ketika itu yang mencetus permusuhan antara kedua parti sehingga menimbulkan kebencian ke tahap ‘kafir mengkafir’.

Akibat pendekatan yang keras dan negatif ‘warga emas’ itu telah menjadikan PAS juga menggunakan pendekatan yang negatif. Ia lebih kepada ’cause and effect’, apabila pendekatan yang keras digunakan, maka keraslah juga tindak balasnya, bukan?

Namun hari ini, UMNO dan BN diterajui oleh seorang pemimpin yang tidak menggunakan kekerasan terhadap saudara sebangsa seagamanya. Datuk Seri Najib Tun Razak lebih mesra terhadap PAS berbanding pendekatan ‘warga emas’ itu.

Salahkah pendekatan Najib itu? Bukankah Islam menganjurkan umatnya supaya berlaku mesra dan berkasih sayang di antara sesama saudara seagama, serta berlaku adil dan memberikan hak kepada golongan bukan Islam?

Maka tepatlah pendekatan Najib itu sejajar dengan apa yang dianjurkan Islam, bukan? Hasilnya, PAS tidaklah terlalu keras dan tidak lagi menggunakan pendekatan yang negatif terhadap UMNO. Dengkikah ‘warga emas’ itu pada keadaan tersebut?

Walau bagaimanapun, hakikat perjuangan dan fahaman politik antara PAS dan UMNO tetap berbeza. Pada PRU ke-14 nanti, kedua parti yang mengetuai BN dan Gagasan Sejahtera tetap akan cuba merebut kerusi yang sama. Salahkah tindakan politik itu?

Dua beradik di dalam keluarga yang sama adalah tidak salah untuk memperjuangkan fahaman politik yang berbeza. Namun begitu, perbezaan fahaman politik itu tidaklah sehingga membawa kepada kebencian ultra yang memecah-belahkan ummah dan bangsa.

Pada hemat penulis, politik matang sebeginilah yang diperlukan di negara ini. Jika dilihat di negara-negara maju, corak politik sebeginilah yang diamalkan di sana. Mereka tidak berpolitik 24 jam dan hanya ‘bertempur’ di musim pilihan raya. Di luar musim, mereka bekerjasama demi kepentingan negara.

Cuma peliknya di negara kita, amalan politik sihat itulah yang cuba dinafikan oleh ‘warga emas’ tersebut dan konco-konconya. Jika boleh, mereka mahu rakyat di negara ini sarat dengan sikap benci terhadap parti yang menjadi musuh politik mereka.

‘Warga emas’ itu sendiri mengakui perkara itu bukan? Kerana itulah juga dia memberi alasan untuk memburuk-buruk dan menghina DAP, PKR dan PAS ketika dia menjadi Perdana Menteri dahulu, bukan? Apakah sikap buruk itu bagus untuk rakyat Malaysia? Fikir sendiri…


WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?

Sekianlah artikel WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/warga-emas-itu-dengki-mesra-umno-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "WARGA EMAS ITU DENGKI ‘MESRA’ UMNO, PAS?"

Posting Komentar