Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda

Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda
link : Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda

Baca juga


Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda

Kerajaan tidak akan mendapat sebarang keuntungan jika menyembunyikan sesuatu yang akhirnya akan membawa masalah kepada UMNO BN.

Ia berikutan tuduhan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli yang menuduh kerajaan menyembunyikan laporan penyata kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, kenyataan itu hanyalah kerja pembangkang yang ingin mencari publisiti murahan meskipun perkara tersebut tidak benar.

“Kerja mencari publisiti politik sebegini hanya helah mereka sahaja kerana tiada untung jika kita menyembunyikan sesuatu yang akhirnya membawa masalah yang lebih besar. Kita sentiasa mencari jalan untuk menambah baik prestasi kerja kita,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Jumaat.

Rafizi pada Khamis lalu mendakwa langkah itu kononnya bagi mengelakkan ia menjadi beban politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib presiden PKR itu menyamakan tindakan tidak menyerahkan penyata kewangan FELDA berakhir 31 Disember 2015 dan 2016 di Dewan Rakyat dengan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1MDB.

“Sama seperti 1MDB, sekarang ia seolah-olah sudah menjadi satu trend dan helah daripada menjadi beban politik Najib.

“Najib cuba melengah-lengahkan laporan kewangan Felda daripada dibentangkan,” katanya.

Malah, Rafizi berbangga kononnya pihaknya adalah akauntan dan boleh membuat unjuran sama ada FELDA rugi atau sebaliknya.

“Mereka lupa kami akauntan dan akan gunakan maklumat yang ada untuk membuat unjuran. Walaupun akan lari sedikit, tetapi tidak lari jauh sangat,” katanya.

Rafizi turut mengunjurkan FELDA akan menanggung hutang sebanyak RM12.6 bilion sehingga akhir tahun ini, termasuk RM2.22 bilion hutang baru ekoran pembelian 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk daripada Rajawali Group, April lalu.

Beliau turut mendakwa FELDA mempunyai liabiliti semasa sebanyak RM1.7 bilion, liabiliti jangka panjang RM6.06 bilion serta hutang baru yang diambil bagi 2014 dan 2016.

Tambah Razali lagi, kerajaan sentiasa telus dan akan melaporkan kepada Parlimen seperti yang ditetapkan termasuklah penyata kewangan badan berkanun.

Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan kenyataan Rafizi tentang tuduhan terhadap kerajaan menyembunyikan penyata kewangan tahunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda

Sekianlah artikel Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/kerajaan-tak-dapat-untung-sembunyi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan tak dapat untung sembunyi laporan kewangan Felda"

Posting Komentar