IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN

IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN
link : IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN

Baca juga


IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN

Rata-rata netizen melahirkan kemarahan mereka apabila mengetahui akan pembohongan warga Singapura yang mendakwa sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru tidak memberi rawatan kepada rakan mereka jika tiada wang deposit dibuat kepada hospital itu.

Pada 31 Ogos lalu, sebuah portal Singapura, The Independent berpusat di Singapura melaporkan mengenai seorang warga republik itu, Justinian Tan, 25, yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Abdullah Tahir pada 25 Ogos lalu.

Rakan Justinian, Joshua yang turut berada di tempat kejadian mendakwa Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mendakwa hospital itu mendesak mereka membuat pembayaran sebelum rawatan diberikan kepada rakannya.

Joshua turut mendakwa ambulans lambat tiba di tempat kejadian.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai sistem merekodkan panggilan dan perjalanan ambulans serta kembali tiba di hospital.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat turut memperincikan masa panggilan dibuat dan ambulans tiba di tempat kejadian serta pelbagai rawatan yang diberikan kepada mangsa secara terperinci.

Bagaimanapun, sebelum pembedahan dilakukan, keluarga mangsa membuat keputusan untuk memindahkannya kembali ke Singapura atas risiko sendiri.

Melalui ruang komen Facebook My Nation News Malaysia, seorang pembaca menulis, sikap berbohong warga Singapura itu diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit.
“Ibarat melepaskan anjing tersepit,” tulis Aqil Syahin.

Manakala Izham Aziz pula mempersoalkan mengapa keluarga mangsa meminta pemindahan mangsa pada ketika mangsa dalam keadaan kritikal.

“Kenapa family dia mintak discaj AOR? Sebab x caye spital Malaysia ke? Sendiri buat keputusan bodo pastu buat cerita viral bangang salahkan org lain,” tulis Izham. AOR adalah singkatan kepada At Own Risk atau Atas Risiko Sendiri dan keluarga mangsa membuat discaj AOR ketika pihak HSAJB sudah merancang untuk melakukan pembedahan kecemasan ke atas mangsa.
Beberapa pembaca turut menyarankan agar pihak hospital mmengambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang membuat pembohongan itu.

Sementara itu, agensi berita Bernama melaporkan desakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal The Independent Singapura.
Ayub berkata pihaknya kesal dengan penyiaran berita terbabit yang tanpa fakta benar kerana ia memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan di negeri itu.

“Saya kesal dengan penyiaran berita seperti ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar menghormati profesyen sektor kesihatan terutama di Johor dengan tidak memberi gambaran negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk artikel The Independent semalam yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini lewat memberikan respon sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.

Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.

Selain itu, artikel berkenaan mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
Ayub berkata pada dasarnya, petugas Jabatan Kecemasan di semua hospital kerajaan tidak memohon pembayaran lebih awal sebelum apa-apa rawatan dijalankan untuk kes-kes kritikal termasuk yang melibatkan warga asing.

“Saya menafikan kes ini disebabkan kelewatan ambulans atau masalah pembayaran. Pihak hospital akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan,” katanya.


IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN

Sekianlah artikel IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/ibarat-menolong-anjing-tersepit-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "IBARAT MENOLONG ANJING TERSEPIT, KATA NETIZEN"

Posting Komentar