Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak

Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak
link : Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak

Baca juga


Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak

Parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) semakin `bergolak’ berhubung isu terbaru selepas bertelagah untuk menentukan siapa pengerusi PH bagi setiap negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta orang ramai jangan termakan propaganda pembangkang sekarang ini.

"Jangan percaya propaganda pembangkang, sekarang pembangkang lagi teruk, mereka pecah belah, berlawan sepanjang masa malah terbaru berlawan untuk tentukan siapa pengerusi Pakatan Harapan negeri termasuk di Perak kerana dia kata bagi kepada seorang muda.

"Budak tu dulu budak kitalah dulu .kalau kita dengar apa yang cuba digambarkan tentang BN ini kononnya tak ada kekuatan, rakyat dah tak suka lagi, itu merupakan propaganda yang dilakukan oleh mereka untuk menunjukkan BN sebenarnya tak ada kekuatan tapi yang berlaku adalah di sebaliknya," kata Zambry, yang juga Pengerusi BN negeri.

Pembangkang sebelum ini mengumumkan perlantikan ahli PPBM yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Faizal Azumu sebagai Pengerusi PH negeri Perak yang tidak disenangi ramai termasuk oleh pemimpin PPBM negeri tersebut.

Untuk rekod, Faizal Azumu tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihanraya merupakan menantu ketua UMNO bahagian Kampar Datuk Radzi Manan.

Perlantikan Faizal mengenepikan pemimpin PPBM yang lebih senior seperti Datuk Hamidah Osman selain pemimpin PAN bekas MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Zambry turut menyentuh soal semangat `setia kawan’ yang sentiasa diamalkan rakan-rakan komponen BN untuk memastikan parti itu  terus beroleh kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

Beliau menegaskan, BN mengamalkan semangat `setia kawan’ yang tidak melupakan kawan ketika mana kawan-kawan sedang menghadapi kesusahan.

Beliau memberikan contoh bagaimana pengorbanan yang dibuat MIC untuk memastikan supaya BN di Perak memenangi pilihan raya umum lalu dengan memberikan dua kerusi yang ditandingi oleh MIC iaitu DUN Pasir Panjang dan Behrang ditandingi oleh UMNO.      

"Ini kita kena ingat parti kita is only one that is BN, kita baca semua sudut tapi dalam masa yang sama bukan konsep dikatakan merampas tapi kena ada semangat setia kawan yang tidak melupakan kawan ketika mana kawan-kawan sedang susah," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Perak pada Ahad.

Zambry memberikan komitmen beliau sebagai Pengerusi BN Perak bahawa BN akan terus menjaga kebajikan masyarakat India di negeri ini.

Beliau juga memberitahu perwakilan MIC itu bahawa pembangkang kini  semakin `gabra’ apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin dalam menjaga kebajikan kaum itu dengan mewujudkan satu blue print.

Menurut beliau, blue print ini adalah satu tindakan jangka panjang dan merupakan satu program secara sistematik untuk membela nasib masyarakat India di Negara ini.

"Sebab itu pembangkang tidak suka khususnya disebelah sana kononnya pejuang masyarakat India kerana dia tahu bahawa blue print nerupakan satu program secara sistematik, bukan hari ini, lima tahun, 10 tahun, 30 tahun apa akan berlaku pada masyarakat India," katanya.


Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak

Sekianlah artikel Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/gara-gara-lantik-budak-umno-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gara-gara lantik 'budak UMNO'... Pakatan Harapan Perak bergolak"

Posting Komentar