DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?

DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?
link : DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?

Baca juga


DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?

Rakan-rakan kami dari PAS Selangor  mengalu-alukan keputusan Presiden PAN, Al-Fadhil Ustaz Mat Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Kekanda Mat dalam kalangan kaum PAN untuk bertanding di Selangor dalam PRU-14 ini.



Bagi mereka, ini pilihan terbaik untuk Kekanda Mat membuktikan kejagoannya dalam arena politik nasional selepas ditolak oleh orang Kedah dan Pulau Pinang.



Kenapa Kekanda Mat Sabu dialu-alukan? Banyak sebabnya. Pertama, PAN mendabik dada kononnya mereka telah mendapat sokongan majoriti orang Melayu di Selangor bagi menggantikan PAS. Bagi PAN Selangor, PAS yang ada hari ini hanya baju sahaja. Jasad dan roh sudah mati. Dah sampai masa PAN ganti.



Kedua, Kekanda Mat Sabu bukan orang asing di sini. Boleh dikatakan beliau ni ibarat duta DAP yang dihantar ke kawasan orang Melayu untuk meraih undi. Kehebatan Kekanda Mat bukan setakat di Pulau Pinang dan Kedah malah sudah merebak-rebak ke seluruh pelosok alam Melayu. Kalau orang Sabah dan Sarawak pun dah boleh terima keagungan Kekanda Mat, takkanlah orang Selangor nak tolak?



Ketiga, ini juga masanya Kekanda Mat membuktikan yang beliau bukan cakap kosong. Nak ganti PAS bukan kerja mudah tapi Kekanda Mat dah buktikannya melalui gerakerja beristiqomah dalam menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS khususnya di Selangor. PAS saja yang tak sedar diri lagi.



Rakan-rakan kami percaya, jika Mat Sabu boleh menang di Selangor tak kira beliau bertanding DUN atau Parlimen, maka PAS Selangor secara rasmi akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan berduyun-duyun masuk PAN.



Persoalannya sekarang, Kekanda Mat nak bertanding di mana?



Teka-teki kuat mengatakan Kekanda Mat akan bertanding di Gombak sebab kat sana ramai Syiah. Kemungkinan lain termasuklah di Meru dan Bangi. Kekanda Mat tak payah risau pasal komposisi kaum kerana di mana-mana pun dia bertanding, orang Cina dan India akan sokong. Dia hanya perlu cari sekitar 30-45% sokongan sahaja daripada orang Melayu untuk menang bergaya.



Setakat ni perbincangan Pakatan Harapan berjalan lancar. Semua usaha sedang giat dilakukan bagi membuka laluan seluas-luasnya kepada Kekanda Mat untuk bertanding. Azmin dah bagi green light asalkan tak kacau kerusi dia. DAP pun so far semua clear. PPBM pun setuju dalam alah.



Hanya satu sahaja halangan Kekanda Mat sekarang ni. Siapa calon dari PAS? Andai benar sumber maklumat yang diterima, PAS akan hantar calon hardcore mereka di mana-mana saja Kekanda Mat bertanding. Calon PAS ni kalau berdiri sepentas dengan Kekanda Mat dan berdebat, boleh terkincit Kekanda Mat dibuatnya.



Jadi dah sedia ke PAN dengan perancangan ni? PAS (?) vs PAN (Mat Sabu) vs BN (?), pastinya sengit.


DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?

Sekianlah artikel DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/dun-dikuasai-syiah-pilihan-mat-sabu-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DUN DIKUASAI SYIAH PILIHAN MAT SABU DI SELANGOR?"

Posting Komentar