Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey

Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey
link : Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey

Baca juga


Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey

Dua berita buruk kurang lima jam berselang untuk PPBM selepas dua pemimpin wanita pengasas parti Tun Mahathir Mohamad keluar parti.

Naib Presiden PPBM Datuk Hamidan Osman dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin mengumumkan keluar dari parti tersebut.

PPBM yang baru menyambut setahun penubuhannya seperti tiada masa depan kerana semakin ramai ahli menarik diri dari parti itu.

Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengesahkan Hamidah meletak jawatan sebagai Naib Presiden, Ketua Penaja Gopeng dan berhenti menjadi ahli PPBM berkuatkuasa hari ini.

"PPBM menghormati keputusan beliau dan mrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,"kata Shahruddin.

Sementara itu, yang lebih awal umum keluar parti dengan mengadakan sidang akhbar adalah Anina.

Beliau berbuat demikian di rumahnya di Bangi dengan membaca teks sepanjang empat muka surat.

Katanya, beliau keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM.

Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua Srikandi PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

“PPBM tidak lagi mendokong prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti. Fitnah menjadi asas membuat keputusan dan secara tidak langsung dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya untuk kebaikan rakyat.

“Parti ini sedang ditadbir dengan buruk, namun berselindung di sebalik nama Tun Mahathir Mohamd.

“Jika bersuara lantang, maka hukuman bunuh ke atasnya akan dilakukan hanya dalam satu hembusan nafaz. Bagaikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) saya dihukum tanpa dibicarakan dan tiada hitam putih dikeluarkan untuk hukuman politik dalam PPBM,” katanya merujuk keputusan PPBM melucutkan jawatannya sebagai ketua Wanita Disember tahun lalu.

Anina mendakwa PPBM menjadi wadah untuk mencatur kepentingan individu tertentu.

“Dengan ini, saya mengumumkan keluar daripada PPBM. Saya akan meneruskan perjuangan saya membela rakyat berlandaskan kasih sayang kepada bangsa Melayu dan ummah melalui platform NGO yang bakal saya umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Anina dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada November 2016, sebelum disingkirkan daripada semua jawatan parti selepas tangkap layar perbualan intim dalam WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar. Anina bagaimanapun menepis dakwaan itu.

Anina dikatakan mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua Wanita PPBM pada 2 November 2016, di majlis sama PPBM mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu. Bagaimanapun, PPBM pada Disember lalu menafikan Anina dilantik ke jawatan itu secara rasmi.

Ketika khabar angin mengatakan Anina dipecat daripada jawatan itu bertiup kencang, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh pada 26 Disember lalu menjelaskan sayap Wanita belum ditubuhkan secara rasmi, oleh itu kedudukan Anina yang dikatakan disingkir daripada jawatan itu tidak timbul.

Hamidah dan Anina bukan pengasas pertama PPBM keluar parti.

Pada 19 April lalu, seorang lagi pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman melepaskan semua jawatan dan keluar parti kerana mendakwa PPBM hanya mengutamakan jawatan, bukannya berjuang demi rakyat.

PPBM ditubuhkan 8 September 2016 dengan kebanyakan ahlinya ialah bekas pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah bertanding di dalam parti.


Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey

Sekianlah artikel Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/dua-anggota-pengasas-ppbm-keluar-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua anggota pengasas PPBM keluar parti dalam sehari...Padan Muka Madey"

Posting Komentar