Judul : Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
link : Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia. Ketua pegawai eksekutif Proton baharu Li Churong berkata keutamaan beliau ialah menambahbaik kepuasan hati pelanggan, dalam misinya mengubah nasib syarikat perusahaan kereta nasional itu.
Bercakap pada sidang media hari ini, Li berkata Proton akan mewujudkan 8 pasukan kerjasama silang dengan Zhejiang Geely (Geely), yang membeli 49.9% saham Proton awal tahun ini.
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia. “Dalam 10 minggu ini kita akan tumpu kepada 8 perkara termasuk perancangan produk, pengubahsuaian, penambahbaikan kualiti dan sebagainya.”
Li sudah 4 hari berada di Malaysia.
Bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co itu berkata tempoh 14 bulan akan datang paling mencabar buatnya kerana Proton akan melancarkan versi Geely Boyue pada penghujung 2018.
Boyue, dibangunkan oleh bekas pereka Volvo Peter Horbury, akan menjadi model Proton pertama di era Geely.
“Sementara itu, kita akan menambahbaik kepuasan hati pelanggan, meningkatkan indeks kepuasan jualan kami dan melihat cara menarik minat peniaga bekerjasama dengan kita.”
Beliau berkata dalam minggu-minggu akan datang, Proton akan bertemu dengan peniaga dan pembekal mengenai pembangunan produk baharu.
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
“Kita akan bekerjasama untuk membangunkan produk baharu bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Itu paling penting. Kita perlu faham apa yang pelanggan mahukan dan reka produk kita untuk memenuhi keperluan mereka.”
“Kita akan menambahbaik jualan dan mengurangkan kerugian. Selepas produk baharu diperkenalkan, kita akan dapat hasil yang lebih baik,” katanya, dan menambah sasaran Proton ialah mengeluarkan produk baharu setiap tahun.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Geely Daniel Donghui Li memberikan beberapa butiran bagaimana Geely akan menyokong Li dan Proton.
“Geely akan menyokong Proton dengan enjin terbaharu kami. Buat masa ini, Proton hanya memenuhi piawaian Euro 4, Geely akan menyediakan enjin yang memenuhi piawaian Euro 6 dan ke atas.”
Beliau menambah Geely akan menyediakan sistem transmisi yang sesuai untuk kereta hibrid dan kereta elektrik, serta membawa masuk model baharu termasuk kereta hibrid dan kereta elektrik.
“Geely akan melabur puluhan bilion dolar untuk melakukan semua itu.”
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
Proton katanya akan melabur dalam pengeluaran, menaiktaraf kilang dan penambahbaikan kualiti.
Awal hari ini, Proton mengumumkan pelantikan Li sebagai CEO baharu menggantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang dilantik CEO Malakoff. - fmt
Iklan
Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia
Sekianlah artikel Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/berita-gempar-buat-rakyat-malaysia.html
0 Response to "Berita Gempar Buat Rakyat Malaysia"
Posting Komentar