Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan….

Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan…. - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan…., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan….
link : Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan….

Baca juga


Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan….

Memang agak mengejutkan apabila bekas bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian RM 32 bilion dalam urus niaga matawang asing antara tahun 1988 sehingga 1994. Jumlah berkenaan dianggap sebagai jumlah yang cukup besar jika mengambil kira keadaan ekonomi negara pada ketika itu.

Timbul persoalan, seandainya RM 32 bilion berkenaan tidak diperjudikan sehingga ianya menjadi kerugian paling besar dalam sejarah negara, apa yang akan berlaku terhadap negara? Bagaimana landskap ekonomi negara sekiranya wang sebanyak itu tidak dilesapkan? Paling utama, apa yang kita mampu lakukan dengan wang sebanyak itu?

Jika kita mengambil kira kos sebenar pembinaan bangunan ikonik, Kuala Lumpur City Center (KLCC), ianya dibina pada anggaran kos hampir RM 10 bilion. Seandainya RM 32 bilion tidak dilesapkan, sebanyak 3 bangunan KLCC mampu dibina dengan mudah tanpa perlu melakukan pinjaman pada skala besar kepada negara asing.

Satu lagi bangunan tertinggi di Malaysia, KL Tower yang hari ini digunakan sebagai menara untuk telekomunikasi dan media, dibina pada anggaran RM 3 bilion. Seandainya RM 32 bilion tidak dilesapkan, berapa banyak menara lagi mampu dibina dengan wang sebanyak itu? Bagaimana pula dengan bangunan-bangunan yang lain termasuk Putrajaya dan Cyberjaya?

Dengan RM 32 bilion, dianggarkan 3 buah Putrajaya mampu dibina dengan mudah tanpa perlu membuat apa-apa pinjaman pada skala besar. Ini kerana, kos bagi membina keseluruhan bangunan di Putrajaya menelan angka RM 11.3 bilion. Begitu juga dengan Cyberjaya yang dibina pada anggaran hampir RM 8 bilion di mana angka RM 32 bilion ini mampu membina tiga buah lagi kawasan yang sama seperti Cyberjaya.

Bagaimana pula dengan bangunan ikonik terbaru PNB118 yang kini sedang rancak dibina? Dianggarkan sebanyak RM 7 bilion dibelanjakan untuk membangunkan bangunan ini dan jika dibandingkan dengan angka RM 32 bilion, hampir 5 buah bangunan PNB118 mampu dibina.

Itu belum lagi membicarakan tentang pembinaan Pan Borneo Highway yang umum sedia maklum menelan belanja RM 27 bilion. Bukankah Mahathir sudah boleh membina Pan Borneo Highway lebih awal sekiranya RM 32 bilion ini tidak dilesapkan begitu sahaja?

Begitu juga dengan perkembangan ekonomi negara. Semasa pentadbiran Mahathir, antara perkara yang paling dikenang adalah kadar inflasi yang tinggi selain daripada serangan matawang negara oleh penyangak matawang antarabangsa. Keadaan ini memaksa kerajaan yang pada ketika itu ditadbir oleh Mahathir, meminjam pada kadar yang cukup tinggi daripada Bank Dunia dan Jepun.

Walaupun kadar inflasi ini akhirnya berjaya diatasi pada lewat tahun 1990, namun kesannya terhadap KDNK negara pada ketika itu cukup ketara. Seandainya wang sebanyak itu tidak dilaburkan sia-sia begitu sahaja, tidak timbul masalah inflasi terhadap ekonomi negara dan besar kemungkinan, KDNK dan perkembangan ekonomi negara juga akan turut mencatatkan pertumbuhan yang positif.

Begitu juga dengan serangan keatas Ringgit pada sekitar tahun 1997 sehingga 1999, Malaysia tidak perlu menambat matawangnya kerana sekiranya langkah tersusun diambil pada era 1990 sehingga 1994, ekonomi Malaysia akan jauh lebih kebal berbanding hari ini.

Itu baru sedikit gambaran keadaan negara sekiranya RM 32 bilion itu tidak dilesapkan begitu sahaja. Namun, nasi sudah menjadi bubur dan hari ini, Suruhanjaya Siasatan DiRaja akhirnya berjaya mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir walaupun ada diantara pengikutnya cuba menyembunyikan fakta sebenar kehilangan wang berkenaan.


Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan….

Sekianlah artikel Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan…. linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/bayangkan-rm-32-bilion-tidak-dilesapkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayangkan RM 32 Bilion Tidak Dilesapkan…."

Posting Komentar