Judul : ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN
link : ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN
ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN
Akibat melakukan sentuhan seksual ke atas remaja bawah umur, seorang anggota polis ditahan petang tadi.
Suspek yang berpangkat Lans Koperal ditahan di sebuah rumah di Jalan Pinang Jawa, Kuching selepas mangsa yang juga seorang lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis pada awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan selepas didakwa melakukan sentuhan seksual terhadap mangsa di dalam keretanya pada Isnin lalu.
“Suspek yang juga kenalan keluarga mangsa pada mulanya datang ke rumah dan menawarkan diri untuk menghantar remaja terbabit ke kedai kakaknya.
“Namun ketika dalam perjalanan, suspek membawa mangsa ke satu kawasan di Batu Kawa sebelum melakukan sentuhan fizikal terhadap remaja terbabit,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Suspek bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sekianlah artikel ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/anggota-polis-lakukan-sentuhan-seksual.html
0 Response to "ANGGOTA POLIS LAKUKAN SENTUHAN SEKSUAL DITAHAN"
Posting Komentar