Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor...

Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor...
link : Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor...

Baca juga


Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor...

Barisan Nasional (BN) Selangor meluahkan rasa sedih dan bimbang melihat nama baik Universiti Selangor (Unisel) yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan BN pada 1999 demi mengangkat martabat pendidikan di Selangor kini terpalit isu demi isu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata hasrat kerajaan negeri pada ketika itu ialah menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan serantau yang unggul namun kini nasib mahasiswa Unisel dan kakitangannya terus terabai dengan isu tanpa noktah yang membelenggu institusi pendidikan berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata UMNO dan BN Selangor memandang serius siasatan berkaitan Unisel yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut.

Serbuan yang dilakukan SPRM ke atas pejabat universiti di kampus Unisel di sini serta pejabat syarikat swasta Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Bestari Jaya dan di Desa Pandan serta pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) harus membuka mata semua pihak akan urus tadbir negeri Selangor yang semakin hari semakin bercelaru, katanya.

Beliau berkata pada masa sama, UMNO dan BN Selangor tidak mahu hanya ikan bilis’ sahaja disiasat termasuk mereka yang dijadikan ‘kambing hitam’, sebaliknya berharap siasatan SPRM akan membawa pencerahan kepada isu tersebut dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“UMNO dan BN Selangor akan terus melakukan politik matang dan percaya rakyat Selangor akan dapat menilai sejauh mana retoriknya pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PKR ini,” katanya.

Semalam, SPRM menggeledah lima premis di lima lokasi berbeza untuk mendapatkan maklumat dan dokumen bagi membantu siasatan dipercayai berhubung penyelesaian pertikaian kontrak antara Unisel dan JNSB.

Lima lokasi yang telah diserbu oleh pasukan siasatan SPRM ialah pejabat Unisel di Shah Alam dan Bestari Jaya, pejabat JNSB di Desa Pandan, Kuala Lumpur dan Bestari Jaya serta pejabat MBI di Seksyen 14, Shah Alam.

JNSB dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus induk Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani berkata pasukan penyiasat telah pergi ke lokasi-lokasi berkenaan untuk mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan kes tersebut selepas SPRM menerima maklumat mengenainya.


Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor...

Sekianlah artikel Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/unisel-jadi-kambing-hitam-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Unisel jadi 'kambing hitam' politik kerajaan Selangor..."

Posting Komentar