Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah

Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah
link : Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah

Baca juga


Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah

Tun Dr Mahathir Mohamad pagi Khamis muncul pada prosiding hari kedua Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dalam urusan dagangan mata wang asing di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Beliau duduk di bahagian orang awam dalam kamar prosiding itu dari jam 9.05 hingga 10.45 pagi.

Bekas Perdana Menteri itu belum lagi dipanggil untuk beri keterangan kepada RCI itu.

“Saya cuma teringin untuk lihat apa terjadi…”katanya kepada wartawan sebelum pulang.

Setakat ini didapati Bank Negara telah alami kerugian RM31.5 billion dalam urusan forex yang dibuat semasa zaman pentabiran Dr Mahathir.

Pengerusi Pakatan Harapan itu seperti biasa buat komentar dalam nada sinis bila ada hal yang kritikal mengenai dirinya.

Beliau antara lain kata harap status  “Diraja” pada suruhanjaya itu tidak dicemari.

Katanya dari pemerhatiannya prosiding hari ini berjalan OK dan seperti sebuah mahkamah.

Menjawab soalan lain,Dr Mahathir kata beliau tidak akan letak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sekiranya didapati bersalah oleh RCI itu.

Dakwanya RCI itu tidak akan kena mengena dengan hal politik dirinya.

Ditanya pula mengenai kemungkinan penubuhan RCI mengenai Memali yang didesak oleh pihak PAS,Dr Mahathir kata beliau sedia beri keterangan bila-bila masa.

Dakwanya beliau ada banyak bukti mengenai peristiwa Memali dan hanya akan beritahunya pada RCI Memali nanti.

"Saya ada banyak bukti tentang Memali kerana saya pada masa itu saya adalah Perdana Menteri walaupun pada tempoh kejadian Tun Musa Hitam memangku tugas Perdana Menteri," katanya.


Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah

Sekianlah artikel Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/dr-mahathir-muncul-di-rci-forexkata-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Mahathir muncul di RCI forex…kata tak akan letak jawatan Pakatan jika didapati bersalah"

Posting Komentar