TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI

TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI
link : TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI

Baca juga


TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI

Wacana Terbuka ‘Kelantan Ambang PRU-14, Parti Mana Bela Rakyat?’ yang dijadual berlangsung di sini semalam terpaksa dibatalkan selepas dua ahli panelnya menarik diri saat-saat akhir.

Wacana tersebut yang merupakan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertahan, sepatutnya menampilkan pemimpin sayap pemuda PAS, PKR, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri berkenaan.

Namun hanya Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azam Ismail dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari muncul menyahut cabaran dalam program tersebut.

Dua lagi panel, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Kelantan, Mohd Hafidz Rizal Amran dan Ketua Armada PPBM Kelantan, Asran Alias menarik diri saat-saat akhir dengan alasan memprotes tindakan penganjur tidak menjemput dua lagi wakil parti pembangkang iaitu Amanah dan DAP.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin muda itu mendakwa pihak penganjur tidak profesional kerana menafikan kehadiran wakil Amanah dan DAP sekali gus menjadikan program itu sekadar membuang masa dan langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Mohd Azam yang dipetik Utusan Online berkata beliau bersetuju menyahut cabaran kerana berpendapat program seumpama itu merupakan ruang yang boleh dimanfaatkan untuk beliau mengemukakan pandangan dan berkongsi wadah perjuangan Umno dengan rakyat Kelantan.

“Tindakan wakil PKR serta PPBM menarik diri saat-saat akhir adalah tidak wajar namun saya hormati keputusan mereka. Sejujurnya saya kecewa namun saya perlu berlapang dada dan bersedia memenuhi undangan seumpama ini pada masa depan,” katanya.


TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI

Sekianlah artikel TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/terpaksa-dibatalkan-gara-gara-pkr-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TERPAKSA DIBATALKAN GARA-GARA PKR DAN PPBM TARIK DIRI"

Posting Komentar