Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !

Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !
link : Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !

Baca juga


Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !


KUANTAN: Parti-parti pembangkang terbesar di negara ini seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu bersatu kembali, jika mahu melangkah setapak lagi ke Putrajaya. Itulah harapan rakyat untuk meihat perubahan tampuk pemerintahan selepas pilihnaraya umum ke-13 tidak lama lagi. Jika terus bertelagah sesama sendiri akhirnya "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau AKA Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, hari ini. Beliau yang pernah bertanding atas tiket PKR (2008) dan Bebas (2013) berkata, ketidakstabilan politik antara pakatan pembangkang amatlah merugikan rakyat marhaen secara keseluruhannya. 

Shukri mendakwa, selepas sekian lama berjuang akhirnya pakatan pembangkang utama negara berpecah belah dikala misi mereka sudah hampir tercapai. Pakatan pembangkang membentuk gabungan mantap bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sekitar tahun 1990 hingga 1996. 

Selepas itu wujud pula gabungan baru Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat-Parti Tindakan Demokratik-Parti Islam Se-Malaysia (PKR-DAP-PAS) bermula sekitar tahun 2008. Namun ia berkubur selepas krisis PAS-DAP pada tahun 2015. 

Akhirnya terbentuk dua gabungan baru iatu Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada  DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Dan terbaharu turut bersama ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Sementara itu PAS pula membentuk gabungan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS,  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk bertembung tiga penjuru pada PRU14 tidak lama lagi.

"Saya melihat, situasi ini tidak bagus untuk rakyat.. malahan ia pasti akan memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk terus mempertahankan Putrajaya sebenarnya. Maka, apa motif perjuangan pembangkang selama ini.. Dah elok-elok bersama satu lawan satu tiba-tiba berpecah pula.. hanya kerana mempertahankan prinsip parti masing-masing, malahan agenda peribadi pemimpin tertentu", kata Shukri.

"Jika nak menang, kena kembali duduk semeja dan sedia untuk satu lawan satu... saya tak nampak jalan bila berlaku pertembungan tiga penjuru pembangkang akan menang.... hatta di kerusi tradisi masing-masing. Pengundi majoriti ialah yang tidak berparti iaitu pengundi atas pagar.. mereka melihat apa yang berlaku ini.. saya bimbang akhirnya mereka tidak mahu keluar mengundi.

"Bukan kerana tidak yakin dengan kemampuan parti, tapi pening dan serabut untuk membuat pilihan. Dalam politik hanya ada dua pilihan... kalau hitam maka hitam, kalau putih maka putih.. tidak boleh ada parti yang nak playsave memilih jalan kelabu. Ini amat merugikan rakyat sebenarnya.. Apa guna perjuangan yang dirintis sejak sekian lama bila tiba-tiba bersetuju dengan apa yang rakyat tidak setuju.. oleh itu parti-parti pembangkang kena lawan hingga ke ahirnya".

"Apa yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sabak Bernam pada 2016, haruslah dijadikan ikhtibar. Maka itu, lupakan sengketa.. kembalilah duduk semeja demi rakyat marhaen. Buanglah sikap ego masing-masing.. Jangan berbangga dengan pertembungan tiga penjuru yang pastinya akan menjerumus ke lembah kehancuran. Tolak ketepi dulu perbezaan, fikirkan soal rakyat yang mahukan perubahan... Apa guna mereka turun mengundi jika perubahan yang diharap semakin jauh untuk digapai", tambah beliau lagi dengan nada yang kecewa. #PDONEWS


Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !

Sekianlah artikel Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/blogger-gesa-parti-pembangkang-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Blogger Gesa Parti Pembangkang Kembali Bersatu Untuk Menang PRU14 !"

Posting Komentar