Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA

Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA
link : Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA

Baca juga


Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA

Di sebalik kemeriahan aksi di gelanggang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tumpuan peminat juga kerap beralih arah melihat kehadiran anggota keselamatan yang ditempatkan di venue serta lokasi berkaitan.

Mungkin ramai yang tidak menyedari, penempatan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melalui Op Cantas Rimau sempena KL2017 itu bukan hanya dibuat di kawasan tumpuan awam, malah turut membabitkan pengawasan orang kenamaan (VVIP).

Lebih menarik, semua elemen JSJ seperti Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu turut digabungkan untuk menjaga keselamatan seorang puteri Raja Thailand.

Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, anak Raja Vajiralongkorn, adalah atlet VVIP Thailand yang mengambil bahagian dalam acara ekuastrian yang dijadualkan bermula esok.

Seramai 16 pegawai dan anggota STAFOC ditempatkan mengawasi pergerakan puteri itu sepanjang tempoh berada di negara ini, manakala 24 petugas lain ditugaskan mengawasi orang kenamaan yang lain.

Sebahagian besar daripada pegawai dan anggota terbabit akan memakai uniform lengkap dengan peralatan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan ancaman serta tindakan pencegahan.

Bahkan, kawalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena upacara perasmian malam tadi turut diperkuatkan dengan pengawasan pasukan JSJ, termasuklah pasukan yang mengiringi Puteri Sirivannavari yang turut menyertai perarakan kontinjen di stadium.

Pada masa sama, Fasa 3, Op Cantas Rimau, iaitu pengawasan dan meningkatkan kehadiran polis turut dijalankan di lokasi tumpuan awam dan pelancong seperti pusat beli-belah, stesen pengangkutan awam, serta tempat penginapan atlet dan deligasi asing


Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA

Sekianlah artikel Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/puteri-sirivannavari-dikawal-ketat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Puteri Sirivannavari dikawal ketat sepanjang Sukan SEA"

Posting Komentar