PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000 - Hallo sahabat
Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita,
Artikel Budaya,
Artikel Kabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Melayu,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Ragam,
Artikel Sosial,
Artikel Terbaru,
Artikel Terkini,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000link :
PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000
PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000
Belum reda isu Ahli Parlimen PKR Selayang William Leong letak jawatan dalam Biro Politik parti itu, satu lagi isu baru muncul iaitu bekas ahli Parlimen PKR Kapar, S Manickavasagam digantung keahlian daripada PKR selama dua tahun berkuat kuasa serta merta.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, biro politik PKR membuat keputusan tersebut berdasarkan laporan lembaga disiplin parti yang mendapati Manickavasagam yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, bertindak memfitnah pemimpin parti ketika berucap dalam satu majlis di Kapar pada April lalu.
“Manickavasagam mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan pimpinan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Keahlian Manickavasagam digantung kerana memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM300,000 hingga RM400,000 daripada seorang individu bernama OMS Thiyagarajan bagi tujuan tidak mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kapar itu sebagai calon Parlimen kawasan itu.
Berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung, Manickavasagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April lalu.
PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000
Sekianlah artikel PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/pkr-gantung-bekas-mp-kerana-dakwa-anwar.html
Related Posts :
Sebelum Berkuasa Ramai Yang Memujinya...Dengan Demokrasinya...Kini Macam Sial Menindas Kaum Minoriti
Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta m… Read More...
MAPIM Bersama 28 NGO Sedia Menghantar Misi Flotilla Bantu Rohingya
KUANTAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa sedia menghantar mi… Read More...
Binaan Konkrit Di Tapak Pembinaan KL Eco City Runtuh Hempap Pekerja
KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembinaan dilaporkan kritikal manakala seorang cedera selepas binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat run… Read More...
Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya
KUANTAN: Gabungan NGO Islam Pahang hari ini telah mengeluarkan satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya penindasan dan kezaliman yang dil… Read More...
Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM Minderjeet Kaur | November 30, 2016 Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang politik dengan parti berusia 2 bulan. anina-saadudin_kj_umno_600_new KUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno. Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti. “Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami. “Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau. Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno. “Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno. Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya. Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan. “Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya. Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan. Oleh itu, beliau menghantar satu mesej yang jelas kepada perwakilan, dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, akan wujud garisan dan tiada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara sembunyi bersimpati dengan PPBM. Ahli Parlimen Rembau itu juga memberi amaran jangan memandang rendah terhadap PPBM. Khairy juga mendedahkan terdapat berita yang tersebar tentang bagaimana kepimpinan PPBM mengarahkan penyokong mereka dalam Umno mengekalkan kesetiaan dan mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan. Anina dipecat daripada Umno pada September tahun lalu selepas memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno serta pemimpin utama parti lain berhubung dakwaan pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Minderjeet Kaur
Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang… Read More...
0 Response to "PKR gantung bekas MP kerana dakwa Anwar terima RM300,000"
Posting Komentar