Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya

Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya
link : Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya

Baca juga


Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya



KUANTAN: Gabungan NGO Islam Pahang hari ini telah mengeluarkan satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh tentera dan ektrimis Budhdha terhadap masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar. 


Resolusi itu dibacakan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang, Nasrun Amir Abdullah pada majlis pelancaran "Soladiriti For Rohingya" peringkat Negeri Pahang di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM) dekat sini petang tadi.


Pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden (MAPIM) Mohd Azmi Abd Hamid itu, Gabungan NGO Pahang menyeru badan-badan antarabangsa PBB khasnya Kaunsel Keselamatan Antarabangsa dan Asean agar meluluskan resolusi-resolusi berikut bagi menyelamatkan masyarakat Rohingya di Arakan daripada terus ditindas dan dizalimi secara berterusan.

Antara lain, kandungan resolusi tersebut ialah: 

1. Menyegerakan tindakan menghentikan pelbagai kekejaman ganas ke atas muslim Rohingya dan masyarakat awam di Arakan.
2. Memberikan hak kewarganegaraan kepada etnik Rohingya yang terpelihara di bawah undang undang.
3. Menghentikan penahanan dan pelabelan masyarakat Rohingya sebagai pendatang dan teroris tanpa bukti yang nyata.
4. Membuka pintu kepada pasukan media antarabangsa membuat liputan di kawasan konflik tanpa sekatan.
5. Membenarkan pasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan antarabangsa untuk memasuki zon bencana untuk berkhidmat membantu mangsa yang dizalimi
6. Menubuhkan segera Badan Penyiasat Bebas di bawah kawalselia PBB untuk menyiasat keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya.
Bagi menangani isu penderitaan masyarakat Islam Rohingya dalam konteks dalaman di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang khasnya , Gabungan NGO Islam Negeri Pahang menyeru Pihak Berkuasa agar ;
1. Memperkasakan sekretariat NGO  islam yang prihatin bagi membantu pihak berkuasa menyelamatkan saudara Islam di Rohingya melalui program dan aktiviti kemanusiaan dari semasa kesemasa.
2. Meminta pihak berkuasa agama negeri memberi kefahaman isu Rohingya ini kepada masyarakat melalui siri taklimat, penerangan , seminar dan mimbar Jumaat secara berterusan.
3. Menggalak dan menggiatkan lagi usaha mengumpul dana dan derma awam bagi disalurkan kepada pihak NGO  yang diiktiraf membantu Rohingya melalui kerja kemanusiaan di lapangan.
4. Menyeru pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau di Negeri Pahang untuk istiqamah mengadakan solat hajat dan membaca doa qunut nazilah bagi memohon pertolongan Allah.
Resolusi tersebut dipersetujui oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pahang yang terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam (ABIM), Malaysia Relief Agency (MRA), Wadah Kecerdasan Umat (WADAH), Ikatan Muslimin  Malaysia (ISMA), Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), Briged Bakti Malaysia (Pahang), Yayasan Amal Pahang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM). #PDONEWS 


Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya

Sekianlah artikel Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/gabungan-ngo-islam-pahang-buat-resolusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gabungan NGO Islam Pahang Buat Resolusi Kutuk Kezaliman Terhadap Umat Islam Rohingya"

Posting Komentar