MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,

MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS, - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,
link : MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,

Baca juga


MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN).

Abdul Azeez berkata ini kerana sejak menerajui kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib kaum itu.

“Dia (Dr Mahathir) boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dia nak, namun dalam masa yag sama, percayalah hanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib yang mampu membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

“Semasa menjadi perdana menteri 22 tahun, apa yang telah beliau lakukan untuk bela nasib orang India dan hal ini masyarakat India dan Hindraf sendiri sedar tentang kebenarannya.

“Baru ini ada dalam kumpulan WhatsApp ada disebarkan bahawa kalau beliau diberikan peluang, beliau akan lakukan lebih baik daripada dahulu.

“Semasa jadi perdana menteri 22 tahun lalu tak pula dibuatnya, takkan umur dah dekat 100 tahun baru nak buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Perwakilan UMNO Bahagaian Kuala Krau di sini semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Fadzle Abdul Mubin dan ketua Puteri UMNO bahagian Nur Afzan Abu Kassim.

Dr Mahathir menemui Pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak kumpulan itu menyertai gabungan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Abdul Azeez menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada BN dan UMNO untuk berjumpa dengan masyarakat India bagi menerangkan tentang dasar dan langkah-langkah yang kerajaan di bawah pimpinan Najib telah dan akan lakukan untuk membela nasib masyarakat India di negara ini.

“Mereka lebih faham jika saya menjelaskan mengenai pelbagai isu semasa dalam bahasa Tamil… dia (Dr Mahathir) tidak boleh bercakap dalam bahasa ibunda masyarakat India tetapi saya boleh,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyifatkan tindakan Dr Mahathir ertemu kumpulan hak asasi Hindraf untuk menarik kumpulan itu menyertai pakatan pembangkang sebagai terdesak.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata langkah itu juga dilihat membelakangkan pimpinan lain Pakatan Harapan apabila ia dilakukan tanpa perbincangan dengan mereka terlebih dahulu.

“Nampak tidak ada kesepakatan di situ dan tindakan Tun (Dr Mahathir) ini mungkin satu tindakan terdesak kerana membelakangkan sendiri kepimpinan pakatan mereka… ini kerana nafsu, mungkin pertimbangan peribadi dan emosi.

“Ini satu petanda apabila semakin dekat pilihan raya, saya lihat semakin terserlah keretakan pakatan antara mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mentadbir sebuah negara yang majmuk ini, nak tuding jari salahkan UMNO memang mudah.

“Ini belum tubuh kerajaan lagi, baharu sahaja nak menjelang pilihan raya (mereka) sudah tidak ada kesepakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini, Sabtu lalu. -Kedahnews.com


MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,

Sekianlah artikel MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS, kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS, linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/mahathir-terdesak-ajak-hindraf-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR TERDESAK AJAK HINDRAF SERTAI PAKATAN HARAPAN, SOKONGAN INDIA PADA BN TIDAK TERJEJAS,"

Posting Komentar