Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir

Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir
link : Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir

Baca juga


Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir

Janji Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad untuk memajukan Kelantan yang dibuat dalam satu majlis semalam sebenarnya adalah janji kosong memandangkan beliau adalah dalang negeri berkenaan berada dalam keadaan mundur kerana tidak diberikan perhatian sewajarnya ketika zaman pentadbiran beliau.

Bagaimanapun, kali ini apabila melihat Barisan Nasional (BN) mula memberikan tumpuan ke arah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, barulah Mahathir beriya-iya hendak mengatakan bahawa dia akan berusaha majukan Kelantan.

Katanya, beliau yakin dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, pakatan itu berjaya menewaskan PAS. Mahathir kata, Kelantan kaya dengan sumber alam tetapi rakyat negeri itu terpaksa keluar bekerja di negeri lain.

“Kemajuan Kelantan terhalang kerana kita perlu ada kecekapan,” kata Mahathir membidas kebolehan pentadbiran PAS sekarang ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian PH Kelantan di Machang yang dihadiri kira-kira 1,000.

“Kelantan negeri termiskin sebabnya sumber alam memang ada, tenaga manusia memang ada dan cukup baik, tapi oleh kerana pemerintah tidak tahu bangunkan Kelantan, ramai orang Kelantan terpaksa bekerja di negeri lain,” katanya.

Mahathir menuduh tadbir urus kerajaan memberi kesan kepada peluang pekerjaan di satu-satu tempat dan ketiadaan peluang antara sebab penghijrahan keluar rakyat.

“Saya dapati sekarang ini ramai juga orang Melayu yang tak suka tinggal di negara mereka. Sekarang ini berada di Australia bekerja sebagai buruh kerana di sini tiada peluang,” katanya.

Masa Mahathir jadi Perdana Menteri, peruntukan yang diberikan oleh BN pada masa itu amat kecil untuk negeri Kelantan tetapi pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, BN tambah peruntukan RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Ketika itu, pemimpin PAS banyak mengutuk Mahathir kerana tindakannya membelakangkan negeri Kelantan masa jadi Perdana Menteri.

Sudah pasti rakyat Kelantan sudah tahu apa yang bakal dilakukan oleh Mahathir yang juga Pengerusi PH sekarang jika pakatan mereka menang dan mentadbir Kelantan. Oleh itu, pada PRU14 nanti, PH tidak mustahil akan dihalang pengundi Kelantan daripada terus menang sebaliknya akan mengundi BN pada hari mengundi kelak. 


Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir

Sekianlah artikel Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/konon-nak-majukan-kelantan-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Konon Nak Majukan Kelantan, Kelantan Mundur Sebab Mahathir"

Posting Komentar