SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…

SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…
link : SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…

Baca juga


SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…

UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul semasa pilihan raya umum lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu berkata ini kerana kebanyakan kerusi UMNO dan Barisan Nasional terlepas ke tangan pembangkang dengan majoriti tipis.

“Kita kalah tipis seperti apa yang berlaku di Gombak. Saya percaya kita boleh memenanginya semula. Tapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kepimpinan di peringkat atas seperti hanya berharap kepada Tan Sri Noh Omar (Pengerusi UMNO dan BN Selangor).

“Jangan biarkan Noh dan kepimpinan bertarung bersendirian, perlu ada kerjasama daripada bala tentera (anggota UMNO) untuk memenangi Selangor semula,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gombak hari ini yang turut dihadiri Noh dan Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin.

Ahmad Zahid berkata UMNO perlu mengambil peluang daripada kerapuhan kem pembangkang yang masih tiada kesepakatan dalam kerjasama selain sering bertelagah dalam soal kepimpinan.

“Saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa pembangkang kini cedera teruk dan UMNO khasnya di Selangor, perlu menjaga kawasan masing-masing, bekerjasama, jangan bergaduh sesama sendiri untuk menawan semula negeri ini.

“Kita tidak mahu Malaysia dan Selangor ini dipecahbelahkan dengan hak rakyat dinafikan. Cukuplah. Mulai hari ini kita rampas Selangor bermula dari Gombak. Kelak, kita boleh terjemahkan agenda yang lebih besar untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata UMNO perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran apabila jasa parti membangunkan Selangor diketepikan menerusi permainan populis pembangkang sehingga golongan atas pagar dan rakyat terpengaruh, menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

“Kita tanam pokok, berbuah, tapi hasilnya orang lain ambil, kita pula jadi penonton, sepatutnya hasil itu kita punya. Perkara ini juga berlaku di Pulau Pinang,” katanya.

— BERNAMA


SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…

Sekianlah artikel SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/selangor-akan-ditawan-semula-oleh-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SELANGOR AKAN DITAWAN SEMULA OLEH UMNO JIKA ADA PERKARA INI…"

Posting Komentar