Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019

Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019
link : Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019

Baca juga


Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dapat memendekkan masa perjalanan ke utara tanah air, kini sudah 35 peratus siap dan dijangka dibuka untuk laluan trafik pada awal 2019.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ismail Md Salleh berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer dan dibangunkan sejak 2014 itu, dibahagikan kepada 11 fasa dan berjalan lancar mengikut jadual.

"Laluan di fasa 4 projek berkenaan iaitu dari Jalan Persekutuan ke Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru dan fasa 8 dari Hutan Melintang ke Teluk Intan antara yang dijadual siap dan dibuka pada awal 2019," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata baki laluan melibatkan fasa lain juga dijangka siap sepenuhnya pada 2019, kecuali melibatkan fasa 7B iaitu 10km terakhir di Tanjung Karang serta fasa 11 membabitkan sambungan ke Changkat Jering/Taiping.

"Bagaimanapun kita akan cuba untuk membuka setiap laluan yang telah siap kelak secara berperingkat, " katanya.

Ismail berkata projek pembinaan lebuh raya itu menelan belanja RM5.04 bilion, dengan RM980 juta adalah kos pengambilan tanah, dikendalikan oleh syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

"Projek ini bakal menjadi laluan alternatif terbaik untuk pengguna jalan raya mengelakkan kesesakan terutama pada musim perayaan," katanya .

Beliau berkata bila siap sepenuhnya lebuh raya ini juga akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan persisiran pantai barat.


Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019

Sekianlah artikel Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/projek-lebuh-raya-pesisiran-pantai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dibuka 2019"

Posting Komentar