PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU

PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU
link : PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU

Baca juga


PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata “tersepit” antara Parti Amanah Negara (PAN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di negeri Kedah dalam menghadapi Pililhan Raya Umum (PRU) ke-14.

PAN awal-awal lagi memberi “nasihat awal” agar PPBM menyerahkan peruntukan kerusinya, jika parti itu benar-benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS.

“Kalau mereka (PPBM) hendak berunding (dengan PAS), maka mereka (PPBM) kena peruntukkan kerusi mereka untuk PAS,” kata Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohamad Zawawi

Beliau mengingatkan setiap parti di dalam Pakatan Harapan (PH) perlu menyelesaikan rundingan sesama mereka terlebih dahulu sebelum mengadakan perbincangan dengan parti lain.

“Ini memandangkan kita akan berunding berkenaan pembahagian kerusi di antara empat parti (PKR, PAN, PPBM dan DAP) di dalam PH. PAS berada di luar PH.” kat Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundur.

Menurut beliau mana-mana parti yang hendak berunding dengan PAS perlu berunding untuk bahagiannya, tak boleh nak putuskan kerusi yang diputuskan oleh parti lain. Sebab PH kena selesai bahagiannya dahulu,” katanya yang dipetik Antarapos, semalam.

Phahrolrazi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kemungkinan wujudnya ruang kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS di Kedah.

Reaksi Mukhriz muncul selepas PAS Kedah mensasarkan untuk bertanding di kesemua kerusi negeri itu pada pilihan raya umum yang akan datang.

Meskipun tidak ada kerjasama rasmi di antara PH dan PAS di peringkat nasional, namun menurut bekas Menteri Besar Kedah itu, kerjasama di peringkat negeri adalah soal yang berbeza.

Mukhriz juga yakin PAS Kedah akan mempertimbangkan cadangan kerjasama dengan PH dalam usaha mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

Rancangan Mukhriz itu mungkin ada logiknya kerana PPBM masih memerlukan pertolongan PAS di negeri ini. Cadangan untuk kerjasama dengan PAS itu bagaimanapun mendedahkan PPBM masih lemah di Kedah.

PAN pula berhak menegur Mukhriz kerana PAS kini merupakan “musuh” bagi PAN kerana bersahabat dengan DAP sementara PKR pula telah “bercerai talak tiga” dengan PAS. – Kedahnews.com


PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU

Sekianlah artikel PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/ppbm-tersepit-di-kedah-mukhriz-bimbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM “TERSEPIT” DI KEDAH, MUKHRIZ BIMBANG TIGA PENJURU"

Posting Komentar