Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump...

Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump...
link : Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump...

Baca juga


Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump...

Ini satu hal yang penyokong parti Demokrat belajar daripada parti pembangkang di Malaysia. Bantah keputusan pilihanraya selepas diumumkan kalah.
Cuma bezanya, kita yang jadi kepala bantah dan tidak iktiraf kemenangan BN dulu adalah bos pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain.
Di Amerika Hillary Clinton terima kekalahan, yang tak boleh terima adalah penyokong sahaja.
Kemenangan calon Parti Republikan, Donald Trump mencetuskan bantahan dan demonstrasi di beberapa buah bandar di negara ini dan di London.
Beratus-ratus penyokong Parti Demokrat berarak di jalan-jalan utama di California dan Portland sambil membakar bendera dan melaungkan ‘Anda bukan Presiden kami’.
Demonstrasi turut diadakan di Universiti California oleh penuntut yang tidak berpuas hati terhadap Trump.
Tunjuk perasaan juga dilaporkan berlaku di bandar San Diego, San Francisco dan San Jose.
Di London, bantahan antiperkauman diadakan di luar Kedutaan AS.
Trump melakar kejutan apabila memenangi pilihan raya itu yang turut menyaksikan kemenangan terbesar parti­nya yang berjaya mengekalkan pe­nguasaan di Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Kekuatan Trump meraih 289 undi badan perwakilan pemilih ber­banding Hillary yang sekadar mengutip 218 undi banyak dibantu oleh pengundi kulit putih terutama dari golo­ngan pekerja kelas per­tengahan.
Beliau berjaya ‘me­runtuhkan’ kubu kuat Parti Demokrat iaitu Pennsylvania dan Wisconsin yang tidak pernah memilih ca­lon Presiden dari Par­ti Republikan sejak tahun 1980-an.
Kemenangan beliau juga turut disumbangkan negeri yang dianggap sebagai negeri swing state seperti Ohio, Florida, Iowa dan Michigan yang memilih Parti Demokrat pada pemilihan 2012.
Selain itu, Trump turut berjaya memenangi hati pengundi atas pagar antaranya di Georgia, North Carolina dan Arizona.
Beliau yang muncul di pentas Hotel Hilton di sini kira-kira pukul 3 pagi ini waktu tempatan di hadapan ribuan penontonnya, dilihat mengambil sikap berhati-hati dalam ucapan­nya sejurus diumumkan sebagai Presiden AS Ke-45 sambil menyeru rakyat negara ini kembali bersatu.
“Ini adalah masa untuk rak­yat Amerika bersatu dan melupakan perpecahan. Saya berjanji akan menjadi Presiden kepada semua rakyat dan perkara ini amat penting kepada saya.
“Bagi sesiapa yang tidak menyokong saya sebelum ini, saya meminta bantuan anda supaya kita boleh bekerjasama dan menyatupadukan negara yang hebat ini. Saya tidak akan menghampakan anda,” katanya yang muncul di pentas bersama ahli keluarga serta calon gandingannya, Mike Pence.


Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump...

Sekianlah artikel Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/blackout-versi-amerika-tolak-kemenangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Blackout versi Amerika tolak kemenangan Trump..."

Posting Komentar