PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri

PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri
link : PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri

Baca juga


PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri

Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas perdana menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Mahathir walaupun secara zahirnya beliau diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

“Ada perumpaan Melayu mengatakan ‘pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk’. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir,” katanya.

Semalam, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap  Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.

Mengulas lanjut Annuar berkata Wan Azizah sebenarnya secara simbolik memberi peringatan kepada Mahathir agar tidak mengambil mudah terhadap PKR dan pastinya amaran itu datang daripada Anwar.

“Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan UMNO (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan” katanya.

Beliau turut mendakwa penyertaan Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara.


PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri

Sekianlah artikel PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/pkr-jerat-mahathirmasing-masing-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR jerat Mahathir...Masing Masing Ada Kepentingan Sendiri"

Posting Komentar