PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ

PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ
link : PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ

Baca juga


PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai prosiding saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan kejahilan beliau.

Menurutnya, tuduhan Abdul Hadi mengenai campur tangan asing itu jelas disebabkan kekurangan maklumat ataupun kerana ingin mengalih tumpuan isu sebenar.

“Hakikatnya DOJ menggunakan prosedur biasa untuk mendapatkan kembali wang tersebut, sepatutnya, beliau (Hadi Awang) melihatnya dari sudut pandang positif.

“Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang mahukan campur tangan negara asing dalam urusan negara namun bantuan perlu diberikan dalam siasatan seperti kes ini demi menjaga maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik sebagai ‘tidak beriman dan budiman’.

Dalam pada itu, Pas turut kesal apabila isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan campur tangan negara luar sedangkan tindakan itu boleh merugikan Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas secara jelas menolak 1MDB kerana ia didakwa merupakan satu perniagaan yang salah, sama ada dari sudut syarak atau hukum perniagaan.

Tambahnya Mujahid lagi, pemimpin seharusnya tegas dalam isu ini kerana ia bakal mendatangkan kesan besar pada negara.

“Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai untuk menyelamatkan kekayaan negara .

“Justeru, negara Malaysia perlu kepimpinan yang bersih dari rasuah, berwawasan, berhati rakyat dan membina semula negara ini dengan semangat yang baru,” katanya lagi.


PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ

Sekianlah artikel PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/pemimpin-pan-anggap-hadi-awang-jahil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEMIMPIN PAN ANGGAP HADI AWANG JAHIL TENTANG DOJ"

Posting Komentar