Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz

Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz
link : Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz

Baca juga


Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz

 

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad membuat kenyataan palsu dan fitnah selepas beliau terus membangkitkan isu 1MDB semasa menjadi menteri besar Kedah.

Mukhriz, 52, memberi keterangan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Sarifuddin selaku setiausaha akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara April dan Mei tahun lalu telah mencemarkan nama baiknya sebagai pemimpin BERSATU.

"Ia memberi gambaran seolah-olah saya gila berkuasa, bersedia terlibat dalam kempen keji untuk menjadi PM, seorang ahli politik yang tidak berkemampuan yang hanya bergantung kepada populariti ayah saya," katanya.

"Tengku Sarifuddin membuat kenyataan palsu dan fitnah ketika saya memegang jawatan MB Kedah, kerana saya terus mempersoalkan skandal 1MDB.

“Kenyataan palsu dan fitnah oleh defendan bertujuan untuk memperlekehkan perjuangan saya, sementara kerajaan Najib dengan sengaja dan dengan niat jahat cuba menghindari skandal 1MDB daripada didedahkan dan disiasat. "

Terdahulu, peguam Tengku Sarifuddin, Datuk Jahabardeen Mohd Yunus membuat bantahan awal mengenai beberapa isu yang dibangkitkan oleh Mukhriz dalam kenyataan saksinya, terutamanya yang membabitkan 1MDB.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bagaimanapun, menolak bantahan itu kerana ia tidak mempunyai asas dan membenarkan kenyataan saksi itu diterima.



Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz

Sekianlah artikel Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/pegawai-najib-serang-saya-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz"

Posting Komentar