Judul : Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14
link : Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14
Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14
Cerita YB Ahmad Hasbullah Elias (bersongkok) yang juga abang Datuk Ustaz Kazim Elias enggan lagi dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke14 bagi mempertahankan kawasan Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah yang terletak dalam kawasan Parlimen Larut sudah berlegar sejak dua tahun yang lalu lagi.
Hairan juga macam mana seorang yang popular serta disayangi rakyat di kawasan tersebut boleh mengambil keputusan yang amat mengejutkan ini.
Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena sehingga pada petang Ahad (semalam) beliau memanggil satu sidang media di Dewan Haji Elias, Kampung Paya, Batu Kurau mengumumkan keputusan ini.
Sebelum itu beliau sendiri menelefon serta menjemput wakil media menghadiri sidang media berkenaan. Perjalanan dari Ipoh ke tempatnya memakan masa hampir dua jam tapi sebab 'berita bagus' ramai yang berkejar ke Baru Kurau.
Keputusan beliau mengakhiri khidmat sebagai YB di kawasan yang suatu masa dahulu pernah diwakili Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dijangka mendapat bantahan ramai.
Bahkan pada ketika wakil Agenda Daily berada di kawasannya beberapa bulan lalu kami sudahpun mendengar berita ini.
Serentak dengan peringatan orang ramai yang berkata “kalau YB Hasbullah tidak dicalonkan, kami mungkin tidak akan sokong BN di kawasan ini . . . “
Kepada media, Hasbullah yang dilabel calon likeable dan winnable, menzahirkan hasratnya untuk tidak bertanding lagi seandainya dicalonkan semula untuk bertanding mewakili BN pada PRU ke-14 nanti.
Katanya, beliau telah memikir semasak-masaknya dalam sehari dua ini dengan mengambil keputusan itu untuk berundur bagi memberi laluan kepada pelapis baru mewakil BN pada pilihan raya nanti.
"Saya menzahirkan hasrat untuk tidak bertanding lagi mewakili BN sedainya saya dicalonkan semula sekalipun kerana saya memikirkan karier politik saya saya sudah sampai ke kemuncak setelah bergelumang selama lebih 30 tahun dalam UMNO.
"Saya rasa sudah sampai masanya saya berundur untuk bagi laluan kepada kepimpinan pelapis baru mewakili BN pada PRU ke 14 nanti,’’ katanya.
Menurut Hasbullah, keputusan yang beliau ambil ini amat bertepatan kerana beliau berpendapat tugas sebagai wakil rakyat mewakili parti UMNO ini memerlukan satu komitmen dan paling penting sekali kerjasama serta gandingan dengan semua pihak dan pucuk pimpinan bahagian.
"Saya melihat khususnya diperingkat akar umbi di bahagian Larut ini yang paling penting ialah keserasian dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab kepada pengundi.
"Keserasian maksud saya ..senada dalam konteks antara saya dengan ahli Parlimen dan sebagainya itu paling penting jadi kalau yang ini nampak ada lompongnya saya rasa yang jadi mangsa rakyat dan ahli UMNO ataupun pengundi lebih tepat…saya rasa itu faktor utama.
"Saya simpati dengan rakyat terharu melihat apa mereka alami dan apa yang mereka perlukan perhatian daripada saya maka saya rasa itu penting senada seiringan dalam kita nak mengurus hal rakyat sama ada kebajikan, pembangunan, perubahan dari pelbagai sudut di DUN Kubu Gajah ini,’’ katanya.
Beliau ketika ditanya pemberita bagaimanapun belum memaklumkan keputusannya itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.
"Setakat ini saya tak maklumkan kepadanya (Datuk Seri Dr Zambry)... saya faham Dr Zambry selama ini telah banyak memberikan semangat, kerjasama, galakan dan kepercayaan kepada saya dan saya menghormati dia,’’ kata Hasbullah.
Ditanya apakah beliau berpuashati pencapaian yang dibuat ketika ini sebagai ADUN Kubu Gajah, Hasbullah berkata, setakat ini beliau masih belum berpuashati kerana banyak lagi perkara berhubung hal rayat yang belum dapat diselesaikan.
"Kepuasan hati itu bukan sepenuhnya lagi kerana ada lagi perkara perkara yang belum saya selesaikan hal rakyat dan bagi saya apabila hal rakyat dapat diselesaikan baru saya ada kepuasan sepenuhnya,’’ katanya.
Menurut Hasbullah, sejak mengambil alih DUN Kubu Gajah pada Mei 2013 banyak menyelesaikan banyak perkara berdasarkan kehendak dan keperluan rakyat.
"Manifesto peringkat DUN Kubu Gajah ini banyak projek dapat diselesaikan antaranya pembinaan jalan Batu 20-Redang Panjang bernilai RM12 juta, projek bekalan air Sungai Segar ke Lading holirud sepanjang 5.1km yang melibatkan pemasangan paip baharu melibat kos RM2.4 juta, projek naik taraf empangan air terusan Ijok bagi mengatasi masalah banjir di Ijok.’’ Katanya.
Selain itu menurut Hasbullah, padang bola sintetik dan pembinaan dataran Amanjaya di pekan Kubu Gajah untuk faedah dan kemudahan rakyat.
"Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan masalah geran hak milik bagi rancangan tanah berkelompok yang melibatkan kawasan hampir 1,000 ekar kepada keluarga peneroka tanpa mengira fahaman parti dalam DUN Kubu Gajah yang meneroka tanah sejak awal tahun 50-an lagi untuk manfaat anak dan cucu mereka,’’ katanya.
Katanya, antara kawasan itu ialah Jalong Tinggi Sungai Jelutong, Batu Bukit Bertingkat, Sungai Manik-Air Nangka dan Kelian Tok Budi .
Menurut Hasbullah, dua perkara yang masih belum dan beliau harap dapat diselesaikan ialah pembinaan Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan khususnya untuk 300 pelajar perempuan bagi meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Raja Ahmad bekas ADUN Kubu Gajah di Pondok Tanjung.
"Saya cukup gembira kerana akan terbinanya sebuah sekolah Tahfiz yang akan dapat melahirkan pelajar perempauan dalam hafazan dibumi Kubu Gajah bagi daerah Larut Matang.
"Kedua saya mengharapkan pembinaan Masjid Kampung Toh Paduka di pekan Ijok dan pembinaan masjid baru di pekan Kubu Gajah akan dapat dilaksanakan nanti,’’ katanya.
Beliau turut berharap sesiapa sekalipun calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan bagi menghadapi PRU ke 14 khususnya di DUN Kubu Gajah mesti pandai mengambil hati rakyat.
"Kena buang sifat ego..rajin turun ke lapangan bertemu rakyat, cari jalan penyelesaian berkaitan permasalahan mereka.’’ Katanya.
Hasbullah berkata, selepas ini beliau akan meneruskan tanggungjawabnya menyelesaikan masalah rakyat sehingga tamat tempoh yang ditentukan sebelum diadakan PRU ke-14 nanti.
Beliau juga tidak menafikan ada didatangi wakil-wakil dari parti-parti pembangkang termasuk DAP dan yang terbaharu PPBM namun sebagai seorang wakil rakyat kampung beliau sentiasa bersikap terbuka tetapi tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai mereka.
"Hati saya masih tetap setia dengan UMNO walaupun saya tidak lagi menjadi calon BN untuk PRU ke 14 selepas ini nanti,’’ katanya.
Untuk rekod pada PRU ke-13 lalu DUN Kubu Gajah : Ahmad Hasbullah Alias- BN (5,807) Mohd Nazri Din- PAS (4,722) Menang- BN dengan majoriti 1,085 undi.

Sekianlah artikel Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/07/apa-ceritaabang-ustaz-kazim-umum-tak.html
0 Response to "Apa cerita?...abang Ustaz Kazim umum tak bertanding PRU14"
Posting Komentar