Zahid hadir sahur bersama bikers…

Zahid hadir sahur bersama bikers… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid hadir sahur bersama bikers…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid hadir sahur bersama bikers…
link : Zahid hadir sahur bersama bikers…

Baca juga


Zahid hadir sahur bersama bikers…

Jarang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hadiri sesuatu majlis pada jam 1 pagi.Namun di celah kesibukan semasa bulan Ramadan beliau meluangkan masa menghadiri majlis bersahur dan pelancaran Tabung Insuran Kebajikan Bikers United Club.

Majlis di Gobox Concept,Kuala Lumpur pada awal pagi Sabtu itu dihadiri ramai anggota pelbagai kelab dan persatuan motosikal berkuasa tinggi.

Zahid yang juga Pengerusi Persatuan Superbike Malaysia (SAM) hadir pada majlis itu berpakaian baju melayu lengkap.

Berucap di situ,Timbalan Perdana Menteri kata naik motosikal terlalu dekat di hatinya kerana meminatinya dan sehingga hari ini masih ada lagi motosikal berkuasa tinggi dan kapcai.

Kini ada 66 kelab dan persatuan motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara yang dianggotai oleh lebih 10,000 orang.

Beliau mengingatkan adalah penting bikers memaparkan personaliti dan imej yang betul di kaca mata masyarakat.

Baginya ini penting kerana ada sesetengah orang pandang serong pada golongan bikers.

“Sedangkan jiwa bikerS tidak begitu.Jangan lihat bikerS dari segi pakaian dan ragam motosikal mereka.

Jangan sangka bikers tidak puasa….jangan sangka bikers tidak sembahyang Tarawih 20 rakaat...jangan sangka biker tidak hafal Al-Quran,”katanya.

Zahid kata beliau cukup faham perangai bikers kerana dirinya sendiri sudah 40 tahun sebagai bikers.

Beliau memuji langkah Bikers United adakan tabung insuran kebajikan untuk para ahli yang dilancar beliau pada majlis itu.

“Soal kebajikan pada ahli-ahli kita.Charity begin at home.Kita tahu ada kalangan rakan-rakan alami kemalangan.Siapa ambil kepedulian kepada kebajikan mereka dan keluarga mereka.

Katanya persatuan inilah yang akan memainkan peranan itu.

Beliau berjanji akan mengusahakan sumbangan sewajarnya pada usaha berkenaan.

Dalam pada itu beliau mencadangkan kelab-kelab motosikal adakan ‘Bike Week’ yang lebih bersepadu dan nada impak agar dapat beri sumbangan galak lagi pelancongan negara.

Menurut Zahid buat masa ini terdapat terlalu banyak ‘Bike Week’ di sana sini.

Katanya beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan kerajaan akan berusaha memasukan program berkenaan dalam kalender pelancongan negara.


Zahid hadir sahur bersama bikers…

Sekianlah artikel Zahid hadir sahur bersama bikers… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zahid hadir sahur bersama bikers… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/zahid-hadir-sahur-bersama-bikers.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid hadir sahur bersama bikers…"

Posting Komentar