Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara...

Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara...
link : Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara...

Baca juga


Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara...

Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... itu pepatah yang sesuai tengok gelagat Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bukan main syok lagi hentam pemimpin BN tapi dalam masa yang sama tidak bersuara apabila kena atas batang hidup pemimpin DAP.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata Kit Siang sepatutnya meminta anak beliau Penang Official 1 (PO1) meletak jawatan berhubung kes rasuah yang dihadapinya sekali gus orang lain akan melihat tuntutan Kit Siang secara serius.

Menurut beliau, Kit Siang juga seharusnya berhenti menggunakan isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu skandal forex Bank Negara.

"Malah, beliau sepatutnya mendedahkan salah laku (Tun) Mahathir Mohamad berhubung perkara ini, yang mengakibatkan kehilangan wang pembayar cukai AS$10 bilion.

"Selepas beberapa dekad menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, Kit Siang kini membisu dan mengadakan pakatan baharu bersama Mahathir bekas pemenjaranya - semuanya demi kepentingan politik - mendedahkan sifat sebenar beliau, mengetepikan prinsip dan integriti dan kerakusan untuk berkuasa di Malaysia, " katanya dalam kenyataan Selasa.

Tengku Sariffuddin berkata, "Pada zaman ini rakyat tidak menghormati diktator seperti  Mahathir yang sendiri mengakuinya atau Kit Siang yang sering menafikannya".

"Oleh itu sebarang kenyataan oleh Kit Siang mempunyai kepentingan sendiri dan tidak boleh dipercayai, " katanya.

Katanya, Kit Siang sepatutnya berhenti daripada cuba menyembunyikan bahawa DAP mempunyai kerusi pembangkang paling banyak,

"oleh itu pada hakikatnya parti itu yang berkuasa".

Beliau berkata, DAP adalah pemimpin pembangkang utama, maka rakyat Malaysia perlu tahu siapa yang akan dipilih Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kit Siang mestilah telus mengenai pilihannya siapa yang menjadi PM, oleh kerana rakyat perlu tahu siapa yang akan memerintah mereka jika mereka memilih pembangkang.

"Kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan mendatangkan bencana bagi Malaysia dan rakyat negara ini," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah berhubung pertukaran status tanah dari zon pertanian ke kediaman, pembelian beberapa bidang tanah dan sebuah banglo di bawah harga pasaran.


Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara...

Sekianlah artikel Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/kit-siang-jangan-nak-alih-isu-kerugian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kit Siang jangan nak alih isu kerugian forex Bank Negara..."

Posting Komentar