Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini

Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini
link : Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini

Baca juga


Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini

Nampaknya sehari dua ini belum reda lagi kes pertembungan antara Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dan CEOnya Datuk Zakaria Arshad.

Pagi ini empat pegawai kanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diringi kira-kira 20 anggota SPRM tiba di Ibu Pejabat FGV di Menara Felda dekat KLCC untuk mengambil dokumen dari pejabat Zakaria yang diarahkan bercuti oleh Lembaga Pengarah FGV.

Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap dakwaan salah laku yang melibatkan syarikat.

Mula-mula hanya empat pegawai SPRM tiba sekitar jam 10 pagi dan diiringi polis bantuan FELDA  ke tingkat 45 Menara Felda, di mana ibu pejabat FGV itu terletak.

Tidak lama kemudian lebih 20 lagi pegawai berseragam SPRM muncul dan turut diiringi ke tingkat atas.

Isa dijangka akan mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Pada hari Rabu, Zakaria menghabiskan masa selama empat jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan mengenai penyelewengan mengenai Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV.

Sementara itu, pergolakan yang melanda FGV perlu diselesaikan segera kerana ia dikhuatiri boleh menggugat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara terhadap agensi perladangan bersepadu itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana Felda merupakan syarikat besar dalam aktiviti perladangan negara.

"FGV adalah syarikat yang disenaraikan di bursa dan mencakupi pelaburan pelbagai pihak. Sentimen pelbagai pelabur ini akan terhakis jika kemelut ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh dan sistematik, sekali gus menyebabkan saham FGV merudum saban hari," katanya Rabu malam.

Beliau diminta mengulas pergolakan dalaman FGV sehingga empat pegawai kanannya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Johari mengulas arahan bercuti kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Mereka yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar.

Johari berkata apa jua keputusan yang dibuat perlulah memastikan tiada pihak yang teraniaya atau silap dalam membuat keputusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat terbabit.

Sementara itu, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali dalam meneliti kemelut yang sedang melanda FGV dianggap tepat serta penuh kredibiliti.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Idris merupakan individu paling layak dipilih oleh kerajaan untuk bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi pihak lain.

"Saya yakin keputusan yang dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) itu serta membuktikan kerajaan serius dengan isu-isu berkaitan integriti selain Idris sendiri akan menjalankan tugas itu dengan telus bagi memastikan tiada yang terlepas jika terbukti wujud penyelewengan," katanya.

Mohd Puad turut melontarkan pandangan agar Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad meletak jawatan.

"Cara terbaik bagi saya ialah mereka perlu letak jawatan secara bermaruah, kemudian biarkan Idris membuat siasatan untuk menyelesaikan hal tersebut.

"Ia juga untuk kebaikan melibatkan aspek seperti persepsi dan keyakinan awam, kebaikan pemegang saham dan peneroka FELDA, selain saya melihat mereka sudah tidak boleh bekerjasama lagi," katanya.

Mohd Puad turut menyifatkan peperangan antara Isa dan Zakaria amat memalukan kerana tidak mengambil langkah perbincangan antara mereka.

"Perkara seperti ini (kemelut FGV) tidak seharusnya berlaku kerana rasionalnya ia boleh diselesaikan secara musyawarah, tetapi apa yang berlaku mereka bergaduh secara terbuka," katanya.


Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini

Sekianlah artikel Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/hu-ha-pengerusi-dan-ceo-fgv-ribut-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hu Ha Pengerusi dan CEO FGV... 'ribut' tak reda sehari dua ini"

Posting Komentar