Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh

Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh
link : Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh

Baca juga


Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh

 BERNAMA
 
 
Beberapa penyokong Pulau Pinang menyalakan suar selepas tidak berpuas hati terhadap pasukan mereka yang kalah kepada Sarawak - Foto Utusan Beberapa penyokong Pulau Pinang menyalakan suar selepas tidak berpuas hati terhadap pasukan mereka yang kalah kepada Sarawak - Foto Utusan

Kekalahan pasukan Pulau Pinang pada aksi Liga Super menentang Sarawak malam tadi, menimbulkan kekecohan di Stadium Negeri Batu Kawan.

Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat.

Sebelum itu ketika di dalam stadium sejurus perlawanan tamat, mereka turut menjerit kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Mereka kemudian berkumpul di luar stadium selepas pasukan RELA dan anggota polis tidak membenarkan mereka berada di perkarangan stadium, sambil bertempik kerana tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka turut membaling botol air mineral dan mercun ke arah pasukan RELA dan anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk stadium.

Tindakan agresif penyokong pasukan itu menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Shamsuddin Mamat yang turut berada di stadium, berkata keadaan terkawal dan kesemua mereka telah diarahkan untuk bersurai.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada tangkapan dilakukan.

Pada aksi malam ini, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak, iaitu kekalahan keempat berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam empat aksi liga, setakat ini



Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh

Sekianlah artikel Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tewas-kepada-sarawak-penyokong-pulau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tewas kepada Sarawak, penyokong Pulau Pinang merusuh"

Posting Komentar