Judul : Gerabak kereta api kargo tergelincir
link : Gerabak kereta api kargo tergelincir
Gerabak kereta api kargo tergelincir
ANTARAPOS.COMJOHOR BAHRU: Sebuah gerabak kereta api kargo yang membawa muatan tergelincir dari landasan berdekatan Jalan Pekeliling, dekat Pasir Gudang, tengah hari tadi.
Keadaan itu menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, dalam kejadian 12 tengah hari tadi, kereta api kargo yang membawa 31 kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor ke Pasir Gudang.
“Hanya satu sahaja gerabak tergelincir disebabkan rodanya terkeluar dari landasan. Bagaimanapun, tren itu sudah kembali bergerak pada 2.10 petang tadi,” katanya.
Namun, kerja pembaikan di landasan masih dijalankan.
Beliau berkata, jalan yang terjejas sudah dibuka semula kepada lalu lintas dan KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Gerabak kereta api kargo tergelincir
Sekianlah artikel Gerabak kereta api kargo tergelincir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Gerabak kereta api kargo tergelincir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/gerabak-kereta-api-kargo-tergelincir.html
0 Response to "Gerabak kereta api kargo tergelincir"
Posting Komentar