BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP

BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP
link : BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP

Baca juga


BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Borhan yakin dan percaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) kini sedang giat bersaing untuk membuktikan mereka adalah parti yang paling setia di bawah telunjuk Dap di dalam pakatan harapan dalam usaha memastikan majoriti kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini akan menjadi hak milik mereka.

Ini kerana katanya mengambil kira apa yang diungkapkan oleh pimpinan PKR sebelum ini bahawa mereka bukan sahaja tidak akan melepaskan kewasan yang mereka menang pada pilihan raya umum yang lalu malah kawasan yang dianggap untuk berpotensi menang pada pilihan raya umum kali ini.

“Begitu jugalah Dap… mereka juga ada kawasan tersendiri. Berdasarkan pengalaman lalu, mereka tidak akan mudah sama sekali menyerahkan kawasan untuk ditandingi oleh parti-parti sekutu yang lain dan mengambil kira senario berkenaan, sudah pasti yang tinggal hanyalah kawasan yang ditandingi oleh Pas setelah parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berada di dalam pakatan harapan.

“Sudah pasti kawasan yang ditandingi Pas sebelum ini iaitu lebih 70 kerusi akan diintai oleh PAN dan juga PPBM. Cumanya timbul persoalan di sini, berapakah kawasan yang kedua-dua parti baharu berkenaan boleh meletakkan calon mereka.

“Dan yang pasti, parti yang lebih dekat dihati Dap akan mendapat manfaat yang bermakna dan tidak peliklah jika kita melihat kedua-dua parti baik PPBM dan PAN ini ketika ini sentiasa berada di depan untuk mempertahankan Dap daripada apa jua serangan luar terutama dari UMNO,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

PKR dilaporkan tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kepada rakan pembangkang pada PRU-14.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu diamanahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada mana-mana pimpinan parti itu yang terlibat dalam proses rundingan.

“Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa. Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional parti itu baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Halimaton seterusnya menegaskan kemelut pengagihan kerusi akan terus menjadi barah dan penyakit kepada pakatan pembangkang, namun yang lebih menarik adalah bagaiman kerusi yang ditandingi Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM.

“Inilah ‘plot’ yang paling menarik sekali kerana tentunya kedua-dua parti berkenaan mengemukakan fakta dan alasan mereka yang tersendiri kononnya mereka mempunyai kekuatan untuk bertanding di kawasan tertentu.

“Namun itu tidak menjamin apa-apa kerana sepertimana yang diperkatakan tadi, bentanglah panjang mana pun segala kekuatan dan jentera yang ada, selagi ianya tidak mendapat kelulusan atau restu Dap maka parti tersebut hanya mampu menggigit jari,” ujarnya.-MediaUMNO


BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP

Sekianlah artikel BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/bolot-kerusi-pas-ppbm-dan-pan-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BOLOT KERUSI PAS… PPBM DAN PAN PERLU BERSAING BUKTIKAN SIAPA PALING SETIA DI BAWAH TELUNJUK DAP"

Posting Komentar