Judul : Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
link : Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
Beranikah BN Untuk Saman DoJ? Abdul Rahman Dahlan perlu saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) jika ingin mengetahui siapa pengadu di belakang saman sivil terbaru yang difailkan di AS berhubung dana dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata PKR hari ini.
Saman DoJ itu difailkan untuk melindungi integriti institusi kewangan AS, dan bukannya campur tangan dalam hal ehwal politik Malaysia, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Beranikah BN Untuk Saman DoJ? Beliau berkata Rahman, menteri di Jabatan Perdana Menteri, seolah-olah salah faham mengenai perkara itu.
"Untuk pengetahuan Rahman, DoJ merupakan sebuah agensi kerajaan AS yang ditugas mempertahankan kepentingan AS berlandaskan undang-undang, dan bukannya alat politik kuasa besar dunia," kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.
Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN), mendakwa saman DoJ dicetuskan oleh individu yang mempunyai "agenda politik jahat" terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan pentadbirannya.
DoJ mengeluarkan tiga saman pelucuthakan untuk merampas harta benda, karya seni dan aset kewangan yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB berjumlah AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).
Saman terbaru yang difailkan pada Khamis lepas, mendakwa A$40 juta digunakan untuk membeli antara lain, sebuah kapal layar AS$165 juta dan rantai berlian bernilai AS$27.3 juta untuk isteri "Malaysian Official No.1" (MO1).
Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
Rahman sebelum ini pernah mengesahkan MO1 adalah Najib. Tetapi perdana menteri menafikan sebarang salah laku.
Fahmi berkata permintaan Rahman agar DoJ mendedahkan identiti pengadu hanyalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar – kecurian AS$5.5 bilion daripada 1MDB.
The Malaysian Insight melaporkan hari ini peguam dan ahli politik terkejut dengan cubaan menteri menyangkal saman itu. Mereka lebih berminat menyalahkan DoJ dan bukannya menangani bukti yang diperincikan dalam dokumen 251 muka surat.
"Rahman perlu menggesa Najib menjelaskan mengapa beliau masih enggan mendakwa Wall Street Journal, dan meminta Rosmah Mansor (isteri perdana menteri) mengatakan bila beliau akan memanggil tujuh pemegang akaun Twitter dan laman sesawang yang mengaitkannya dengan berlian merah jambu.
"Rahman juga sepatutnya menggesa peguam negara untuk proaktif bekerjasama dengan DoJ dalam usaha memulangkan aset RM7.3 bilion yang didakwa dicuri."
Beliau berkata DoJ menuntut aset yang dibeli dengan wang curi 1MDB dikembalikan kepada pemilik sebenar – rakyat Malaysia.
"Jika Leonardo DiCaprio juga dapat menunjukkan sokongan terhadap aset yang dibeli dengan dana haram, kenapa Rahman tidak menunjukkan sokongan yang sama?
Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
"Tidakkah Rahman mahu wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia kembali kepada rakyat?"
Fahmi berkata jika Rahman masih berkeras mahu DoJ mendedahkan identiti pengadu, beliau hanya perlu menyaman agensi AS itu.
"Dan sekiranya beliau tidak tahu peguam mana yang boleh membantu, saya mencadangkan Shafee Abdullah, yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada akaun peribadi Najib, yang pasti bersedia menerima kes ini demi mempertahan imej dan nama baik negara." - mi
Iklan
Beranikah BN Untuk Saman DoJ?
Sekianlah artikel Beranikah BN Untuk Saman DoJ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Beranikah BN Untuk Saman DoJ? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/06/beranikah-bn-untuk-saman-doj.html
0 Response to "Beranikah BN Untuk Saman DoJ?"
Posting Komentar