SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja

SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja
link : SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja

Baca juga


SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah salah seorang daripada dua suspek yang ditahan Selasa lalu kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta.

Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut membekukan deposit tetap berjumlah RM1.5 juta, yang dipercayai milik suspek utama yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis.

"Dengan rampasan itu, ia menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini adalah RM6.57 juta. Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan dan kita yakin dapat mengesan wang tersebut dalam tempoh terdekat, katanya.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan perkara berkenaan.

Selasa lepas, seorang kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam.

Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama berkenaan. Ia susulan penahanan tiga lelaki pada Isnin, termasuk pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun.

Mereka ditahan sekitar Perlis dan Alor Setar keranadisyaki menerima rasuahbagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesionalyang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.

Jumlah mereka yang ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini adalah sebanyak lima orang.


SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja

Sekianlah artikel SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/sprm-sita-rm3-juta-lagi-milik-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM sita RM3 juta lagi milik suspek utama kes rasuah permit kerja"

Posting Komentar