Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?

Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?
link : Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?

Baca juga


Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?

Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? Kakitangan Proton Holdings kini tertanya-tanya sama ada penjualan 49.9% kepentingan syarikat itu kepada sebuah syarikat China hanya memberi keuntungan sebelah pihak.

Proton mempunyai 12,000 pekerja, di samping 50,000 yang bekerja dengan syarikat vendor yang membekalkan peralatan kereta.

Zamrul Fauzi Arifin, 36, yang bekerja di bahagian pengeluaran kereta di kilang Proton di Tanjung Malim, berkata perjanjian itu masih belum jelas dari segi nasib pekerja.

Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? “Kita takut kelebihan itu berkurangan atau separuh (dipotong),” katanya ditemui FMT di sini.

Rabu lalu, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Kumpulan Geely Holding, yang juga mengambil alih Volvo sebelum ini.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, ia menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta.

Antara kebimbangan pekerja Proton susulan penglibatan Geely ialah kemungkinan mereka dihentikan untuk mengurangkan kos, di samping kemasukan staf Geely.


Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?


Sebelum ini, penganalisis memberi amaran pekerja Proton perlu bersedia berdepan penyingkiran.

“Geely mungkin mahu membawa masuk orang baharu untuk menghidupkan kembali Proton dan akan lebih terlibat dalam operasi untuk menjaga pelaburannya,” kata Azrul Khalib dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) kepada FMT, Februari lalu.

Zamrul berkata pekerja Proton sudah lama tidak melihat perubahan dalam skim penggajian, dan beliau kini tidak pasti sama ada ia akan berlaku di bawah Geely.

“Kenaikan tahunan ada tetapi pembayaran gaji masih rendah jika dibanding dengan syarikat kilang pengeluar kereta lain,” katanya ditemui di Proton Tanjun Malim.

Anuar Kamarudin, 33, yang bekerja di bahagian pemasangan badan kereta, berkata penjualan saham Proton ada kebaikan dan keburukan.

Katanya, langkah itu dapat mengembalikan prestasi jualan Proton.

“Negatifnya ada kata maruah kita tergadai. Tetapi zaman sekarang ini, semua kena bekerjasama. Kalau nak seorang, takut kita tidak mampu.

“Contoh seperti sekarang kita tidak mampu, kena mencari rakan kerjasama yang boleh sama-sama tolong memasarkan produk kita, membantu dari segi kewangan dan beri teknologi,” kata Anuar yang sudah 13 tahun bekerja di Proton.

Asri Yusof dari bahagian komunikasi Proton Tanjung Malim, 40, berkata pengambilalihan Geely membolehkan Proton dipasarkan lebih luas dan tidak tertumpu kepada pasaran domestik sahaja.


Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?


“Harapan saya, 10 tahun akan datang Proton akan lebih maju dan boleh bersaing dengan pasaran antarabangsa,” katanya.

Faiz Farhan yang bekerja di bahagian pemasangan badan kereta turut menyokong tindakan Proton menjual sebahagian saham kepada Geely.

Beliau tidak setuju dengan pandangan yang mengatakan Proton jatuh ke tangan China.

“Gabungan itu satu perkembangan baik untuk masyarakat dan Proton untuk ke hadapan dan lebih bagus daripada segi persembahan kerja.

“Kita juga (di Proton) tidak mahu terlalu bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Proton dikatakan menerima suntikan dana sehingga RM3 bilion daripada kerajaan sepanjang sejarah 30 tahunnya.

Bagaimanapun, pengasas Proton, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara ekslusif bersama FMT baru-baru ini mempertikaikan dakwaan tersebut.

“Kerajaan tidak menyuntik wang ke dalam Proton. Tetapi geran penyelidikan. Ia diberikan kepada semua. Tetapi ia tidak diberikan kepada Proton. Ia dijanjikan tetapi sehingga kini tidak diberikan,” katanya.

Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? Beliau berkata jualan Proton jatuh kerana dasar kerajaan membuka pasaran kepada kereta import, yang menurutnya suatu dasar yang tidak diamalkan oleh negara pengeluar kereta besar seperti Jepun dan China. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?

Sekianlah artikel Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/selepas-penjualan-saham-proton-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas Penjualan Saham Proton Kepada Geely, Kejutan Bakal Diterima?"

Posting Komentar