Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman

Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman
link : Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman

Baca juga


Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman

Kegagalan utama Kerajaan Negeri Selangor yang ada masa kini apabila ia dibina di atas dasar curiga-mencurigai di antara parti-parti yang terdapat di dalam struktur kerajaan negeri sehingga layak dipilih untuk memimpin Selangor.
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, parti-parti yang ada di dalam pentadbiran kerajaan Selangor sering kali menyalahkan satu sama lain yang sekaligus menampakkan kelemahan mereka dalam mentadbir sesebuah negeri.
"DAP acap kali membuli PAS di Selangor...PAS pula mengatakan DAP sebagai anti-islam, tetapi mereka dalam kerajaan yang sama...jadi saya fikir ini kegagalan mereka sebenarnya.
"Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilihat gagal untuk mengukuh dan menstabilkan kerajaan sedia ada. Dia mempunyai kerajaan yang rapuh disebelah kirinya yang merupakan Parti Amanah Negara (PAN) yang bersekongkol dengan DAP. Disebelah kanan ada PAS yang bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
"Tetapi dalam masa yang sama, dalam persidangan Muktamar Tahunan PAS ke-63  baru-baru ini mereka memutuskan tahalif siyasi dengan PKR... apa jenis hubungan ini?," katanya kepada AgendaDaily.com ketika ditemui selepas Wawancara Sofa Putih Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pesta Buku Antarabangsa 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.
Menurut Budiman, Barisan Nasional (BN) tidak pernah terfikir sampai ke tahap memutuskan kerjasama politik dengan parti komponen kerana segala pergolakan dan perbezaan pendapat yang berlaku akan ada jalan penyelesaiannya.
"Kita dalam BN, kita tidak pernah terfikir begitu...apa pun pergolakan dan perbezaan pendapat dalam parti kita dalam satu team yang sama iaitu BN," katanya.
Beliau tidak menafikan Azmin berada dikedudukan seperti telur dihujung tanduk dan agak genting kerana jika ‘perang’ antara PAS, PAN, PKR, dan DAP gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang.
Ditanya mengenai keputusan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Budiman mengambil langkah 'tidak masuk campur'dalam urusan parti lain.
"Kita tidak campur urusan dalaman mereka..tapi sebagai rakyat Selangor, kita mahukan kestabilan parti itu menjadi asas kepada pembentukan sebuah kerajaan, saya fikir ini mesti diambil perhatian khusus," katanya.
Budiman yang juga merupakan Pengerusi ITBM, ditemui selepas menjadi salah seorang panel Wawancara Sofa Putih ITBM "Mendepani PRU : Bagaimana Buku Mampu Melestarikan Political Mileage".
Semalam, beliau turut melancarkan buku bertajuk Sejuta Jiwa yang Telanjang hasil nukilannya sendiri yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Jumaat.


Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman

Sekianlah artikel Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/selangor-gagal-kerana-parti-bentuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selangor gagal kerana parti bentuk kerajaan saling mencurigai - Budiman"

Posting Komentar