Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000

Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000
link : Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000

Baca juga


Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000

 
Rela mengesan seorang individu menjual pangkat kehormat Rela dengan harga antara RM10,000 hingga RM30,000 di mana 20 kes dilaporkan


zahid-rela 

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan Jabatan Sukarelawan Rela (Rela) mengesan seorang individu menjual pangkat kehormat Rela dengan harga antara RM10,000 hingga RM30,000.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata penjualan pangkat itu dibuat kepada mereka yang mahu memberi khidmat sukarelawan kepada Rela.

Beliau menjelaskan jawatan kehormat Rela hanya boleh diberikan apabila jawatankuasa memutuskan kelayakan seseorang berdasarkan kepada status sosial atau lain-lain kelayakan mengikut Akta Rela.

“Kami mendapat bukti kerana orang yang membayar dengan jumlah puluhan ribu membuat aduan kepada Ibu Pejabat Rela.

“Kami ada bukti resit dan bukti pembayaran yang dilakukan. Mereka yang membayar untuk jawatan ini, sila tampil dan membuat laporan. Tindakan perundangan akan diambil,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Zahid berkata individu yang “tidak sangat berpengaruh” juga didapati menjual sijil dan kad Rela yang tidak dikeluarkan Ibu Pejabat Rela.

Ditanya berapa kes dilaporkan, beliau berkata “tidak kurang daripada 20 kes”.

Sementara itu, Zahid berkata sistem pergiliran setiap 3 bulan dapat mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan pasukan penguatkuasa khususnya di sempadan.

“Kami mendapati sejak sistem pergiliran dilaksanakan, mereka yang berada di sempadan (bertugas) tidak lebih daripada 3 bulan dan digantikan pasukan lain supaya dalam kalangan mereka tidak mengenali penyeludup atau penjenayah.

“Saya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau kakitangan yang menyalahguna kuasa atau terlibat aktiviti rasuah,” katanya.


Pada majlis itu, Zahid turut melancarkan kad kuasa, lencana kad kuasa dan lencana poket Jabatan Imigresen.

Penggunaan sistem pengurusan kad kuasa yang dikenali sebagai Identification Management System membolehkan kad kuasa diimbas orang awam menggunakan quick response code (QR Code) yang terdapat pada telefon pintar.

Kad kuasa baharu ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan ‘overt dan covert’ yang disahkan Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).



Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000

Sekianlah artikel Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pangkat-kehormat-rela-dijual-serendah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pangkat kehormat Rela dijual serendah RM10,000"

Posting Komentar