Judul : Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan
link : Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan
Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan
Tiada berita gempar muncul dari mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Khamis yang diberi tugas oleh Majlis Syura PAS untuk tentukan tindakan politik selepas parti itu putus kerjasama politik dengan PKR.
Apapun mesyuarat selama dua jam di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur itu buat keputusan muktamad yang tidak berganjak dari pendirian pimpinan PAS sebelum ini pasal kedudukan tiga Exco PAS dalam pentabiran Selangor.
Mereka bertiga akan kekal pegang jawatan itu selagi diperkenaan oleh Sultan Selangor.
Pendirian rasmi PAS itu diumum oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu.
Sebelum ini ada pemerhati yang duga ada kemungkinan PAS akan tunduk pada tekanan secara tidak langsung PKR yang memutuskan arah semua wakilnya dalam kerajaan negeri Kelantan letak jawatan.
Mereka menilai keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Biro Politik PKR Selasa malam sebagai ' wayang' untuk yang seolah berbaur mesej tersirat...'aku letak jawatan di Kelantan...kamu pun kena letak jawatan di Selangor'.
Tuan Ibrahim menolak andaian keputusan PKR itu berupa ‘sindiran’ untuk tiru langkahnya dengan mengarahkan tiga Exconya letak jawatan.
“Rakyat lebih utama daripada kemelut dalaman yang dihadapi.Ini perlembagaan Selangor dan kita hanya ‘ follow’.Tidak timbul istilah nak berselindung daripada isu,”katanya.
Beliau dipercayai merujuk kepada dakwaan beberapa pimpinan Pakatan yang mendakwa PAS cuba pertahan jawatan tiga Exco dengan berselindung disebalik Sultan Selangor.
Tuan Ibrahim kata mengikut perlembagaan Selangor,Exco Negeri yang dilantik oleh Sultan Selangor akan kekal dengan jawatannya tetapi boleh meletakan jawatan bila-bila masa.
“Kita akan kekalkan jawatan selagi diperkenankan Sultan Selangor dan jika ada keputusan lain,ketetapan lain akan dibuat oleh PAS,”katanya.
Messyuarat Biro Politik PKR pada Selasa malam lalu memutuskan untuk tangguhkan keputusan isu tiga Exco PAS sementara menunggu Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kembali dari luar negara.
Ia cuma memutuskan arah semua wakil PKR yang pegang jawatan atas lantikan politik di Kelantan letak jawatan.
Mesyuarat Majlis Syura PAS pada Khamis minggu lalu secara rasmi putuskan bercerai dengan PKR tetapi serah kepada Jawatankuasa PAS Pusat tentukan tindakan politik termasuk soal di Selangor.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa kepemimpinan PAS Pusat mengarahkan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor meletakkan jawatan.
"Saya menafikan ada arahan untuk meletak jawatan atau keluar kerajaan, laporan media hari ini juga dinafikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, (Sallehen Mukhyi) dalam mesyuarat baru diadakan dan beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata,Gagasan Sejahtera akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat untuk mengisytiharkan parti-parti politik lain yang akan menyertai kerjasama tersebut.
"Mesyuarat Gagasan Sejahtera pada Khamis lepas memutuskan untuk bertemu dengan beberapa parti politik yang menyatakan hasrat untuk bersama dengan Gagasan Sejahtera," katanya.

Sekianlah artikel Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/muktamadtiga-exco-pas-selangor-kekal.html
0 Response to "Muktamad…tiga Exco PAS Selangor kekal selagi diperkenan Sultan"
Posting Komentar