Judul : Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB
link : Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB
Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya menerima sebahagian dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin, ketika berucap dalam satu program di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam tadi, turut menafikan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima dana berkenaan.
"Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi dan Wattallahi saya dan Shafie tak terima satu sen pun wang 1MDB.
"Itu fitnah. Tiada satu sen pun yang masuk dalam poket. Pakej umrah itu ditaja oleh syarikat," ujar Muhyiddin.
Bekas timbalan perdana menteri itu menafikan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini bahawa dirinya dan Shafie menerima sebahagian besar dari dana kontroversi itu.
Muhyiddin kemudian menuduh Nazri sudah habis modal sehingga mengaitkan dirinya dalam kontroversi 1MDB, sedangkan beliau dan Shafie bersama-sama mempertikaikan wang berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
"Mana ada duit? Dia (Nazri) dah tak boleh nak jawab, dia cuba tepis sana-sini, lama-lama tak boleh jawab dah," katanya.
Shafie turut menepis tuduhan Nazri dengan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.
"Setakat yang saya tahu, Najib tidak pernah memberi saya apa-apa wang daripada 1MDB," kata Shafie, sambil menambah perbincangan yang dilakukan dengan perdana menteri itu hanya mengenai pembiayaan dan bantuan ibadat umrah.
Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB
Sekianlah artikel Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/muhyiddin-shafie-ulang-tak-terima-dana.html
0 Response to "Muhyiddin, Shafie ulang tak terima dana 1MDB"
Posting Komentar