Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh

Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh
link : Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh

Baca juga


Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh

Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh. Polis hari ini mengesahkan kematian Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, penyelaras kumpulan militan IS untuk Malaysia, di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata risikan mengesahkan lelaki 27 tahun itu, yang tersenarai dalam senarai orang dikehendaki Amerika Syarikat kerana terbabit dalam pendanaan dan sokongan operasi IS, terbunuh dalam satu serangan.

Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh.  “Selepas meneliti inteligen yang diperolehi, polis kini mengesahkan bahawa Muhamad Wanndy telah terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April 2017,” katanya di Facebook.

Kematian Wanndy di pekan Ma’adan di daerah Raqqa mula dilaporkan susulan pengumuman oleh isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, di laman Facebook 29 April lalu.

Pegawai keselamatan bagaimanapun dipetik mempersoalkan sama ada kematian itu dilakonkan bagi mengelak dari dikesan memandangkan beliau dikehendaki.

Wanndy, dari Durian Tunggal, Melaka, pergi ke Syria pada 2014 bersama Nor.


Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh


Beliau dilaporkan berkait dengan serangan bom tangan di kelab Movida, Puchong pada 28 Jun tahun lepas, dikatakan serangan pertama IS di Malaysia.

Polis menamakan beliau sebagai lelaki yang memberikan arahan untuk menjalankan serangan itu. Lapan orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Eropah pada 2.15 pagi di kelab tersebut tercedera.

Astro Awani Julai lepas bagaimanapun memetik Wanndy sebagai berkata beliau tidak mengeluarkan arahan kepada 2 lelaki yang ditangkap berkaitan letupan itu.

Beliau bagaimanapun berikrar akan membalas dendam untuk mereka yang dihukum pihak berkuasa, dengan melancarkan serangan besar-besaran.

Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh


Pada 26 April, The Star melaporkan Wanndy diberi sehingga hujung tahun ini untuk membuktikan dirinya kerana gagal menjalankan serangan di Malaysia seperti yang dirancang.

Ia memetik sumber sebagai berkata beberapa militan Malaysia dan Indonesia tidak berpuas hati dengannya kerana menggunakan sumbangan simpatisan, dan beliau melarikan diri selama 2 minggu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh

Sekianlah artikel Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/muhammad-wandy-pemimpin-is-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Muhammad Wandy Pemimpin IS Malaysia Disahkan Terbunuh"

Posting Komentar