Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS

Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS
link : Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS

Baca juga


Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS

Pemimpin veteran politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS tidak ada salahnya dilakukan bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) jika membawa kebaikan kepada parti.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sama ada ahli kedua-dua parti boleh terima atau tidak kerjasama berkenaan seperti soal pembahagian kerusi atau calon, itu bergantung kepada pucuk kepemimpinan parti masing-masing.

“Saya rasa peringkat atasan akan meneliti perkara ini,” katanya selepas majlis perasmian Festival Belia Kelantan anjuran Majlis Belia Kelantan (MBK) di Pusat Sivik, di Gua Musang pada Selasa.

Jelas Ku Li, BN berhak menjalinkan kerja­sama dengan sesiapa sahaja termasuk PAS bagi menghadapi PRU-14, namun jika kerjasama dari aspek lain itu memerlukan kajian teliti.

“Tidak ada salahnya kalau hendak adakan kerjasama dengan PAS. Kalau kerjasama dengan parti lain pun tidak ada beza kerana ini untuk pilihanraya. Kalau itu boleh memberi manfaat kepada parti kita, apa salahnya.

“Sebagai contoh di Gua Musang, kerana adanya kerjasama tidak ada pertandingan. Tidakkah ini berfaedah kepada pihak yang terlibat? Dari sudut itu saya rasa ada keuntungan dan beri faedah, tetapi kalau sudut lain kita kena kaji,” katanya.

Tambah beliau, jika diteliti kebanyakan ucapan atau kenyataan pemimpin BN dan PAS, terdapat kecenderungan atau mirip ke arah kerjasama terutama sekali dalam bidang agama.

Menurutnya, terdapat sesetengah dasar kerajaan disokong oleh PAS dan tiada salahnya diwujudkan kerjasama di medan politik seperti pilihanraya kerana itu tidak merugikan BN dan PAS.


Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS

Sekianlah artikel Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/ku-li-sokong-bn-teliti-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ku Li sokong BN teliti kerjasama politik dengan PAS"

Posting Komentar