JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR

JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR
link : JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR

Baca juga


JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR

PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

“Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah).

“Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star pada Sabtu bahawa Azmin telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga exco PAS negeri yang berlangsung selama satu jam.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.

“Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu ini,” katanya yang berada di Perak ketika dihubungi.

Azmin dilaporkan memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Dilaporkan, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.

Wakil PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.


JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR

Sekianlah artikel JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/jika-azmin-halau-3-exco-di-selangor-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JIKA AZMIN ‘HALAU’ 3 EXCO DI SELANGOR, PAS AKAN AKUR"

Posting Komentar