Judul : Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR
link : Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR
Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR
MSO
LANGSUNG DARI KEDAHBaru sekejap tadi Muktamar Pas ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah telah melulus dan menerima usul memutuskan hubungan (tahalus syiasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Usul itu dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama, Zulkifli Ismail (foto) kemudian ia disokong oleh wakil Pas dari kawasan Pasir Mas.
Pun begitu untuk urusan selanjutnya usul berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) untuk membuat tindakan seterusnya. Apakah MSU akan mengadakan istikharah berjemaah atau pun cukup mengambil suara dari muktamar petang ini untuk mengutuskan surat rasmi kepada PKR, memaklumkan yang partinya sudah tidak ada hubungan dengan PKR lagi.
Dengan lulusnya usul berkenaan, bermakna dada Timbalan Presiden PKR yang juga MB Selangor Azmin Ali yang selama ini menunjukkan persefahaman dan budi tinggi dengan Pas sudah pun berakhir. Bebudak Pas mendakwa keberadaan Azmin di kerusi itu adalah atas ihsan Pas.
PKR suka atau tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh 24 jam ini, tanpa mempedulikan apakah keputusan MSU nanti sekiranya parti itu bermaruah. Kita sama-sama tunggu reaski daripada PKR yang mungkin akan mengadakan mesyuarat kepimpinan khas dalam masa terdekat.
Saya meramalkan isu pemutusan tahalul syiasi ini bakal menimbulkan pertelingkahan dalam PKR, kerana ada sekumpulan yang mengharapkan Pas manakala yang lain sudah menyedari bahawa Pas tidak boleh diharap.
Insya-Allah saya akan sambung ulasan mengenai isu ini masa akan datang.
Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR
Sekianlah artikel Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/debaran-azmin-ali-sudah-berakhir-pas.html
0 Response to "Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR"
Posting Komentar