Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor

Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor
link : Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor

Baca juga


Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor

 
Proses penceraian rakyat Selangor akan disingkatkan daripada 90 hari kepada 6 jam waktu bekerja

 
jakess_cerai_600


PETALING JAYA: Proses penceraian pasangan Islam yang bersetuju untuk bercerai disingkatkan dari 90 hari ke 6 jam waktu bekerja dengan wujudnya unit ‘fast track’.

Melalui inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakess) itu, kes di bawah Seksyen 47 Enakmen undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 akan melalui proses mudah yang dikendalikan oleh kumpulan yang dilantik.

Ketua Hakim Syarie Jakess, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata berdasarkan analisis penyelesaian kes yang dijalankan Seksyen 47 membabitkan semua lokasi di Selangor pada 2013, didapati tempoh penyelesaian kes adalah 60 hari bermula dari kes didaftarkan sehingga kes diputuskan.

“Tempoh itu akan ditambah 30 hari selepas itu bagi tempoh pengeluaran perintah bersih cerai menyebabkan tempoh menjadi 90 hari,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata dengan pelaksanaan unit ‘fast track’ ini, tempoh 90 hari itu boleh disingkatkan kepada 6 jam waktu bekerja.

“Saya boleh kata dengan yakin, tempoh 6 jam ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Perkara ini terbukti melalui perbandingan statistik penyelesaian kes pada 2016 berbanding 2015.”

Laporan itu turut mengemukakan rekod di mana sebanyak 2,370 kes berjaya diselesaikan tahun lalu melalui unit itu berbanding 1,149 kes pada 2015.



Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor

Sekianlah artikel Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/cerai-dalam-6-jam-untuk-pasangan-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cerai dalam 6 jam untuk pasangan Islam di Selangor"

Posting Komentar