Judul : Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan
link : Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan. Perwakilan PKR diingatkan supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang menjemput seorang Adun PAS ke mesyuarat pra-majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selagi beliau terus menyokong dasar kerajaan negeri.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata demikian ketika membahaskan ucapan presiden di Kongres Nasional PKR ke-12 hari ini.
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan. “(Mengenai) Tahaluf siyasi…saya nak cerita sikit kami di Pulau Pinang putus lebih awal dari Selangor. Di Pulau Pinang, kita ada seorang Adun dari PAS. Sehingga hari ini, bahkan minggu lepas, kita jemput beliau ke mesyuarat kerajaan negeri Adun Pakatan Harapan…kerana dia masih menyokong usaha dan dasar Pulau Pinang,” katanya.
Salleh Man merupakan Adun tunggal PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri, sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau bukan salah seorang exco kerajaan Pulau Pinang. Portfolio hal ehwal Islam dipegang Abdul Malik Abul Kassim dari PKR.
Afif, yang juga seorang exco kerajaan Pulau Pinang, berkata demikian ketika terdapat desakan terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan exco PAS dalam pentadbirannya, selepas terbatalnya kerjasama antara PKR dan PAS 11 Mei lalu.
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan
Selangor mempunyai 3 exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairy dan Zaidy Abdul Talib – selain ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. Kerajaan ini terbentuk selepas Pakatan Rakyat, yang terdiiri daripada PKR, PAS dan DAP memenangi majoriti kerusi DUN di Selangor pada pilihan raya 2013.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dilaporkan meletak jawatan atau dipecat selepas muktamar PAS ke-61 pada 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Sementara itu, Azmin dalam ucapan penggulungannya tidak mahu menjawab peringatan Afif itu.
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan. “Walaupun ada wakil Pulau Pinang mewakili AMK cuba menyinggung Selangor tadi, saya ingat saya takkan jawab,” kata Azmin. - fmt
Iklan
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan
Sekianlah artikel Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/berita-dari-pulau-pinang-yang-tidak.html
0 Response to "Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Dihebahkan"
Posting Komentar