Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM

Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM
link : Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM

Baca juga


Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM

Penghulu dan penggawa diminta memainkan peranan dalam menyampaikan kehendak dan masalah yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi untuk perhatian pihak kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengakui dasar sedia ada kerajaan adalah baik tetapi pelaksanaannya bermasalah apabila ia tidak kesampaian.

“Dasar sudah cantik tetapi pelaksanaan selalu berlaku masalah kerana apa kehendak kerajaan tidak kesampaian,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Jati Diri dan Memperkasa Institusi Penghulu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Khamis.

Najib berkata, penghulu dan penggawa adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat dan maklumbalas mereka akan membolehkan kerajaan menyediakan dasar yang lebih baik mengikut kemahuan dan keperluan rakyat.

Najib turut meminta penghulu dan penggawa supaya menasihatkan rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan berita tidak tepat di media sosial

"Di zaman media sosial ini banyak sangat masuk benda-benda karut. kita kena beritahu rakyat supaya janga terima bulat-bulat.

"Peranan penghulu kena beritahu mereka mana yang benar dan tidak benar. Penghulu kena selalu kemaskini maklumat supaya masyarakat sedar dan prihatin," katanya.

Menyentuh soal ekonomi, Najib berkata dia yakin nilai matawang Ringgit akan pulih kerana kemerosotannya bukan berpunca daripada kelemahan kerajaan tetapi kerana spekulasi luar dan ketidaktentuan suasana politik di Amerika Syarikat (AS).

Keyakinan Perdana Menteri turut didorong oleh kenaikan harga kelapa sawit dan getah selepas lawatannya ke China, baru-baru ini.

"Dalam masa tiga bulan selepas lawatan saya ke China, harga sawit meningkat daripada RM2,300 satu tan, kepada RM3,002 satu tan ketika ini, selain kenaikan harga getah RM4 sekilogram berbanding kita-kira RM1.50 ke RM1.60 sekilogram.

"Nilai ringgit juga saya yakin boleh pulih kerana kemerosotan yang berlaku ketika ini disebabkan spekulasi orang luar dan ketidaktentuan di AS, bukan kelemahan kita," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad dan Yang Dipertua Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Ahmad Fuad Z Abidin.


Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM

Sekianlah artikel Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/peranan-penghulu-beritahu-rakyat-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peranan penghulu beritahu rakyat yang mana benar dan tidak benar - PM"

Posting Komentar