AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR

AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR
link : AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR

Baca juga


AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR

Kata dua Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memecat tiga wakil rakyat Pas dalam Exco kerajaan ne­geri, dijawab oleh pemimpin Pas de­ngan mengingatkan kedudukannya sendiri sebagai Menteri Besar juga belum selamat.Ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada akan berlaku perubahan drastik pentadbiran negeri yang dipimpin Mohamed Azmin.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairu­ddin Aman Razali bertanyakan kembali kepada Mohamed Azmin berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang­nya andai bertindak memecat tiga Exco Pas itu.

“Kita tengok apa akan berlaku, selepas itu apakah jaminan Mohamed Azmin akan kekal sebagai Menteri Besar.“Kalau dia nak bertindak, dia kena tengok apa manfaat ke atas diri dia juga,” katanya ketika dihubungi hari ini.Semalam, Mohamed Azmin memanggil semua tiga Exco daripada Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bertemu dengannya.

Pertemuan itu diadakan selepas Majlis Syura Ulama Pas mengambil pendirian memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.Menurut Mohd. Khai­ruddin, tiga Exco Pas yang telah dilantik akan tetap menjalankan tugas sehingga khidmat mereka diperlukan.

 Di SHAH ALAM, Pengerusi Jawatan­kuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya akan akur de­ngan keputusan Mohamed Azmin mahupun Pas pusat.

Namun beliau menafikan dakwaan isu pemecatan ada dibangkitkan dalam pertemuan selama sejam antara semua Exco Pas dengan Menteri Besar semalam, selain cuba mengelak mengulas kenyataan Mohamed Azmin bahawa sabarnya ada batas.

“Kita akan mengambil kira semua pandangan sebab isu ini akan dibincangkan di peringkat parti, Menteri Besar pun akan jumpa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Pas tunggu keputusan daripada pusat,” katanya ketika ditemui selepas majlis Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seluruh Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kekecewaan Mohamed Azmin seperti dinyatakan semalam, Ahmad Yunus yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ia adalah hak Menteri Besar tersebut.

Dalam pada itu, cubaan ­Mingguan Malaysia untuk mendapatkan komen dua lagi Exco Pas gagal manakala Mohamed Azmin yang turut hadir pada persidangan tersebut enggan memberi sebarang ulasan kepada media apabila terus berlalu sebaik sahaja majlis berakhir.


AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR

Sekianlah artikel AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/azmin-sendiri-pun-belum-selamat-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AZMIN SENDIRI PUN BELUM SELAMAT DI SELANGOR"

Posting Komentar