Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !

Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !
link : Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !

Baca juga


Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !


KUANTAN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang menghentikan aktiviti pembalakan dan perlombongan di negeri ini bagi mengawal masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di daerah Pekan yang semakin teruk terancam sekarang. 

Presiden Sahabat Alam Malaysia, SM Mohamed Idris berkata masalah yang berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu itu bukan sahaja melibatkan kawasan tadahan air dan sumber bekalan tersebut untuk lebih 10,000 peneroka Felda Chini dan penduduk sekitarnya, tetapi juga kehidupan 900 orang Orang Asli di daerah berkenaan yang terjejas mata pencarian mereka.

"Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati keadaan air sungai dan tasik di sini berlumpur dan berkelodak telah menyebabkan hidupan di dalamnya terancam dan rumpai air mati. Berikutan itu beberapa jenis ikan yang menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan terutama masyarakat Orang Asli di lima buah kampung di daerah ini terancam pembiakannya dan semakin pupus".

"Kehidupan masyarakat ini lebih meruncing apabila sumber pendapatan dari hasil hutan turut musnah akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan itu. Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Tanjung Puput, Kampung Chenahan dan Kampung Ulu Gumum" katanya.

Menurut beliau lagi, antara punca-punca lain berkemungkinan menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah pembinaan empangan yang menyekat pengaliran keluar masuk air Sungai Pahang ke Tasik Chini sehingga menjejaskan ekosistem tasik tersebut. Pembuangan sisa dari kilang kelapa sawit juga menyebabkan berbagai jenis tumbuhan di dalam Tasik Mentiga mati.

"Masalah mendapan sisa lumpur dan sisa tumbuhan yang mati semakin ketara berlaku sehingga Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga menjadi cetek. Keadaan ini akan menyebabkan air sungai tersebut melimpah ketika hujan dan kedua-dua tasik ini gagal menampung pengaliran air yang datang dari kawasan hutan yang telah diteroka", tambah beliau.

SAM kantanya amat kesal dan bimbang dengan masalah yang sedang berlaku ini walau pun sudah lama mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan. 

"Jika keadaan ini terus dibiarkan kejadian yang lebih buruk seperti banjir kilat dan kemarau berpanjangan mungkin melanda daerah dan negeri ini pada masa akan datang. SAM meminta kerajaan Pahang dan jabatan-jabatan yang terlibat mengambil tindakan segera bagi menangani ancaman pencemaran ini dan mendedahkan kepada umum apakah tindakan yang akan diambil", dakwa beliau. #sumber.


Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !

Sekianlah artikel Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/sungai-tercemar-hentikan-kerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sungai Tercemar: 'Hentikan' Kerja 'Pembalakan & Perlombongan' Di Pahang !"

Posting Komentar